Assalamu'alaikum.
Takut tak?
Serius, aku takut tengok gambar hujung jari yang ada mulut ni. Tak dapat digambarkan bagaimana keadaannya nanti apabila jari-jari kita yang berkata-kata.
Sebab tu la aku kurang sangat kongsi cerita atau video yang jadi viral kat fesbuk tu. Mana kisah atau video yang baik, boleh je aku kongsi tapi kalau cerita bab artis cerai berai, datok gatal nak berbini lebih dan sebagainya atau kisah politik yang melampaui batasan, memang aku susah nak kongsi. Baca komen orang kat ruangan komen tu pun dah buatkan aku beristighfar panjang. Takut aku tengok komen yang mencarut memaki semua tu. Nau'zubillah.
Nak komen, boleh tapi biarlah setakat memberi pandangan mengikut apa yang kita rasa. Tak salah nak bagi pendapat. Yang salah tu sebab suka sangat gunakan bahasa caci maki semua tu. Kesat sangat bahasanya. Tak takut ke tulis bahasa yang kesat tu, nanti ia balik semula kat kita?
Biarlah tak ramai yang jadi pengunjung blog aku ni. Apa gunanya buat kisah yang mengundang fitnah semata-mata nak naikkan traffic blog. Zaman itu sudahpun berlalu. Hidup ini hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata.
p/s: Nak maki, maki je dalam hati. Takpun, maki je sorang-sorang. Tak perlu nak maki kat ruangan komen fesbuk tu. Jom sama-sama muhasabah diri kita.
Saya kadang2 sampai pejam mata! Takut nak baca caci-cerca yang menghukum tuh. Samalah kita, Cik Azz. Saya kurang gemar share2 benda viral yang tak tentu betul sahihnya, sebab takut nak menjawab di sana nanti.
ReplyDeleteseram pula tengok gambau tu =)
ReplyDeleteeii..seram.
ReplyDelete