Pages

Sunday, November 13, 2016

Beweh. Biaweh. Jeweh. Jambu Batu. Apa lagi?

Assalamu'alaikum.

Beweh. Biaweh. Jeweh. Jambu Batu. Apa lagi?


Buah ni masa zaman aku budak-budak dulu, aku panggil beweh. Kadang-kadang aku panggil jeweh. Cuma sekarang ni jarang dah guna perkataan tu sebab dah jarang jumpa. Yang ada banyak sekarang ni jenis jambu batu.




Buah beweh ni saiz dia kecil dari buah jambu batu yang biasa kita tengok tu. Selalunya, aku makan dia punya bahagian luar je sebab biji dia banyak. Bahaya makan biji beweh ni. Nanti biji tu tak hadam dengan baik. Takut kena appendik pula nanti.




Pokok beweh ni bukan aku tanam. Tak tau la siapa yang bawak benih dia. Mungkin tupai ataupun burung. Tengok-tengok dah ada je anak pokok ni kat belakang rumah. Maka, akupun terus la jaga dan bela sebab daun beweh atau daun jambu batu ni ada banyak kegunaan dia. 




Khabarnya, pucuk daun beweh atau pucuk daun jambu batu ni boleh merawat cirit birit. Caranya, ramas pucuk daun tersebut dengan air kosong dan kita minum air tu. Aku dah pernah cuba tapi bagi minum kat kucing aku la sebab masa tu kucing aku cirit birit. Alhamdulillah, elok pulak cirit birit kucing aku tu. Haha. Dulu-dulu mana aku tau nak cari ubat cirit birit kat mana. Klinik haiwanpun aku tak tau kat celah mana. Tu yang cuba gunakan cara tradisional tu. 


p/s: Pokok beweh ni kiranya dah masuk spesis rare. Heh.

3 comments:

  1. Wkmsalam.
    Daun pokok jambu batu memang ada nilai perubatan herba.

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak jumpa beweh ni sekarang kan,...untunglah ada yang tolong bawa benih pokok ni. Ada rezeki nak merasa buahnya :)

    ReplyDelete
  3. Sebut pasal jambu batu, waktu sekolah rendah dulu suka gak beli kat org yang jual tepi jalan tu.. sedap makan ngan serbuk asam tu.. hehe

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^