Assalamu'alaikum.
Tak mampu nak beli yang original?
Ini cadar patch work yang aku beli kat Nilai 3. Aku beli tiga set dan satu set tu aku hadiahkan kepada anak buah aku. Anak buah yang sorang lagi beli tiga set jugak sebab ibu dia suruh beli. Senang nak tukar ganti, katanya la.
Dalam satu set cadar patch work ni ada satu helai cadar, dua helai sarung bantal biasa dan sehelai sarung bantal peluk.
Aku ni jenis main ambil je. Tengok sikit-sikit je dan terus angkat. Tapi anak buah aku yang dua orang tu punya la lama memilih. Sudahnya, dorang pilih satu set dengan corak yang sama. Tak kisah la sebab rumah asing-asing, kan? Haha.
Ni cadar patch work tiruan. Harga masih mampu milik sebab bawah seratus ringgit. Jika beli banyak, boleh dapat harga lagi murah. Kalau cadar patch work yang original tu, memang tak mampu la aku nak beli. Mau makan harga ratus-ratus punya la sebab yang original tu memang guna kain perca yang dicantum-cantum menjadi cadar. Sudah pastilah kerjanya rumit dan renyah. Cadar patch work tiruan ni pula dia cuma gunakan kain yang sama tapi corak yang dipelbagaikan.
Menariknya, cadar ni boleh gunakan kedua-dua bahagian atas dan bawah. Cuma bahagian bawah tu ada satu corak je la. Sangat sesuai untuk katil bersaiz queen.
p/s: Tak mampu, buat cara tak mampu, kan? Kita beli ikut kemampuan kita. Asal cantik dan selesa, dah memadai dah. Jahitanpun kemas walaupun bukan cadar patch work original.
Sy pnh jual cadar patchwork yg 100% cotton tu
ReplyDeleteMmg selesa pakai, jual habis smpai xde utk diri sdiri hihi
Sudahnya skrg sy pulak mmbeli ng org. Setakat ni dh 5 set beli kt IG ZahraRoseDesign mmg puas hati
Yg nilai3 pun pnh beli, rm45 satu set, cuma kain je lh lain sikit, tp ok jr utk salin2 sbb coraknya cntik
Cantik dan berbaloi :)
ReplyDeletecantik..
ReplyDeleteangah ni jenama jenama cadar ni memang fail, main beli kat jusco je..sebab di situ je yang senang angah nak dapat...