Pages

Friday, April 14, 2017

DIY: Scoop untuk berkebun.

Assalamu'alaikum.

DIY: Scoop untuk berkebun.


Jom buat sendiri scoop untuk berkebun ni dengan menggunakan botol plastik terpakai. Jangan membazir asyik nak beli yang baru dan yang cantik je. Beli scoop yang mahal dan cantik-cantikpun jika tidak digunakan, tak guna jugak. Haha.






Beginilah rupanya scoop yang sudah berjaya aku buat. Mula-mula tu tercangak-cangak la jugak aku nak buat. Jenuh jugak la dok pusing sana pusing sini botol tu. Tengok kat video macam senang je orang tu buat. Rupanya kena fikir banyak kali jugak. Haha.


Aku gunakan botol Peel, Fresh Marigold yang 2L tu. Itu je pun botol yang ada dan yang sesuai. Kiranya kecil comel la scoop yang aku buat ni. Hehe.


Mula-mula aku toreh botol ni guna pisau. Lepas tu baru aku guna gunting dan gunting ikut tanda yang sudah di-marker. Bahagian pemegang botol tu aku potong guna pisau yang telah dipanaskan matanya. Mula-mula guna pisau biasa. Tak lut nak toreh. Guna guntingpun tak jalan jugak. Sudahnya, aku panaskan mata pisau tu dengan api dapur gas, lepas mata pisau tu dah panas, terus je aku potong pemegang tu. Ehh, laju je dia potong. Haha.




Semalam aku  diy scoop tu, petang semalam jugak aku rasmikan dia untuk tanam pokok dalam pasu kat taman blok aku ni. Kiranya scoop tu dah mula berjasa la. Haha. Lepas guna, aku basuh bersih-bersih. Walaupun scoop tu cuma diy dari bahan terbuang, tak bermaksud kita buat tak tau je kat dia. Kenalah jaga sebagaimana barang yang dibeli di kedai. 


Boleh je beli scoop macam ni kat kedai dua ringgit tapi dua ringgit tu duit jugak, kan? Jika kita boleh diy sendiri, eloklah diy je. Duit dua ringgit tadi boleh masukkan dalam tabung. Zaman sekarang ni adalah zaman untuk berlumba-lumba untuk berjimat cermat dan bukan lagi zaman untuk berlumba-lumba menayang harta benda. 


p/s: Boleh aje jika nak berjimat. Pilihan ada di tangan kita.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^