Assalamu'alaikum.
Kambeh.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Pokok kambeh yang aku semai pada 24/2/2017 yang lalu, sudah mula mengeluarkan buah sulung. Aku cuma semai tiga biji benih kambeh je dan alhamdulillah, ketiga-tiganya bercambah dengan elok walaupun buah kambeh yang aku beli tu masih lagi hijau. Maksudnya, biji benih kambeh tu masih belum cukup tua.
Daripada tiga benih kambeh yang cambah tu, hanya dua benih sahaja yang membesar dengan elok. Satu benih lagi tu aku tak tau kenapa boleh mati. Mungkin dia tak nak hidup agaknya. Hehe.
Mudah-mudahan buah kambeh aku ni membesar dengan sihat. Dapat la aku merasa makan buah kambeh hasil dari tangan sendiri. Ni merupakan kali pertama aku cuba tanam kambeh.
p/s: Ada orang panggil kambeh ni dengan nama peria dan juga kambas. Disebabkan aku ni orang Negeri Sembilan, maka sebutannya jadi kambeh la. Haha.
hai assalamualaikum
ReplyDeleterobiahtul.blogspot.com
Oooooo bahasa negeri sembilan kambeh...bagusnya akak amal makan peria ni...siap di baja dan tanam semua haaa...pernah terbaca amal peria boleh elak kanser tau
ReplyDelete