Pages

Thursday, April 27, 2017

Tanam jagung manis lagi.

Assalamu'alaikum.

Tanam jagung manis lagi.

27/4/2017. 
Aku baru je selesai menanam anak pokok jagung manis ni ke dalam pasu. Sebelum tu, aku dah siap semai dulu dah benih jagung tu atas tisu yang dilembabkan. Jangan lupa untuk siram atau sembur setiap pagi dan petang setiap hari. Dalam anggaran masa lima hingga tujuh hari, benih jagung dah mula cambah dah. Masa semai bebih jagung ni, aku letakkan bekas berisi benih tu dalam kabinet bawah sinki. Sebab tu warna daun yang keluar tu kekuningan sebab tak dapat cahaya.




Kemudian, aku keluarkan bekas tu dan letakkan pula di atas sinki supaya dia dapat cahaya. Setiap hari aku sembur dengan air supaya anak pokok jagung ni kekal sihat. Warna daunpun dah mula jadi hijau muda. Alhamdulillah.





Dan bermulalah proses mengubah anak pokok jagung manis tadi dari bekas semaian ke dalam pasu. Kawasan keliling rumah dah bersimen. Tu yang tanam jagung dalam pasu. 





Aku letakkan tiga anak pokok jagung manis ni dalam satu pasu sebab pasu ni agak besar. Lagipun jika kita perhatikan, memang jagung ni ditanam secara rapat-rapat untuk memudahkan proses pendebungaan. Keseluruhannya, ada tujuhbelas anak pokok jagung manis ni. Mudah-mudahan semua anak pokok jagung manis ini membesar dengan sihat dan mengeluarkan buah yang elok-elok serta cukup sifat. Aamiin. 




Dan seperti sebelumnya, aku pagarkan pasu ni dengan lidi satay untuk mengelakkan kucing jadikan pasu ni sebagai jamban dorang. Siapa degil, habislah nanti bontot dia terkena cucuk dengan lidi satay tu. Haha.





Dan ini pula anak pokok cili kulai yang aku baru ubah hari tu. Aku pagarkan jugak dengan lidi satay. Maklumlah, kat rumah ni ada banyak kucing.




Habis dah benih jagung manis yang aku kirim kawan grup belikan di MAHA hari tu. Lepas ni, kenalah beli benih jagung yang baru pulak.


p/s: Aku memang sengaja letakkan entri ini dalam blog supaya senang aku cari untuk buat rujukan dan kira tempoh matang setiap pokok yang aku tanam. Nak buat label kat pokok, aku malas. Heh.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^