Assalamu'alaikum.
Tau tak apa kegunaan lubang pada gunting dapur ni?
Tau tak?
Kalau tak tau, ni nak bagitau la.
Tapi kalau dah tau tu, bagus la.
Haha.
Inilah kegunaan lubang yang ada pada gunting dapur kita tu. Ada sebab kenapa ia direka sebegitu. Tujuannya adalah untuk membuka penutup botol seperti botol kicap dan sebagainya. Pandai-pandai la adjust lubang tu dengan tutup botol tu.
Dan ia sangatlah mudah untuk digunakan. Tak payah nak bazir duit pergi beli penutup botol yang khas tu. Haha.
Al-kisahnya, hari tu anak buah aku nak buka botol kicap ni. Punya la dia terkial-kial nak buka tapi dia tak gunakan lubang kat gunting dapur ni. Dia main umpil-umpil je penutup botol tu dengan muncung gunting tu. Lepas tu dia dok mengadu la kat aku. Dia kata susah betul nak buka botol ni dan lepas tu dia minta tolong aku bukakan botol kicap tu.
Akupun cakap la kat dia; Yang kau susah sangat nak bukak botol ni apsal? Kau nampak tak lubang ni (sambil tunjukkan lubang kat gunting tu). Lubang ni tujuan dia untuk bukak botol ni la. Dan akupun tunjuk la demo kat dia. Dia jawab apa tau? Dia kata; Laaa, mana la tau fungsi benda alah (lubang) tu. Haaa, sekarang dah tau, kan? Cuba buat. Nak tengok, jadi ke tak?
p/s: Ada otak, fikir. Ada akal, guna.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^