Pages

Thursday, May 25, 2017

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Assalamu'alaikum.

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Petang semalam, aku rebus kacang hijau ni dan malam tadi, aku gentel untuk dijadikan kuih frozen. Tak sampai setengah kilopun kacang hijau yang aku gunakan. 


Adunan kuih kacang aku kali ni agak lembik. Malas la nak letak banyak tepung gandum. Apabila lembik, memang tak boleh la nak bentukkan terus. Makanya, aku bulat-bulatkan dia dan susun dalam dulang. Nanti masa nak goreng, baru aku leperkan dia kat tapak tangan, lepas tu terus je terbalikkan tapak tangan tadi untuk jatuhkan kuih kacang tu ke dalam bancuhan batter. Lepas tu, terus je angkat kuih kacang tadi dengan menggunakan senduk dan masukkan ke dalam kuali. Tak boleh guna jari masa nak masukkan ke dalam kuali sebab lembik. 




Kali ini, batter dia aku gunakan campuran tepung gandum, gula, garam, serbuk kunyit dan air. Biasanya aku gunakan tepung beras. Kali ni saja la nak ubah sikit resepi tu. Sukatannya? Hentam saja la labuuu...! Haha. Kena sengetkan sedikit bekas berisi batter ni supaya senang nak kaut kuih yang kita masukkan ke dalamnya. 







Sementara tunggu adunan kuih kacang tu sejuk, aku buat pulak inti untuk kuih cucur badak ni. Ini merupakan kali kedua aku buat inti ni. Kali pertama buat dulu, tak sedap. Huhu. Kali ni, okay la sikit rasa dia tapi masih tidak memuaskan hati. Tapi tidak mengapa, nanti cuba buat lagi. Practice makes perfect, right? Resepi? Google aje la. Apa lagi. Haha.




Inti cucur badak ni boleh jugak digunakan untuk buat pulut panggang ataupun buat cencaru sumbat. Nak buat cucur badak, keledek belum beli lagi, makanya kenalah simpan dulu inti ni dalam peti sejuk. 


p/s: Buat sendiri lebih menjimatkan. Nak dengan tak nak je buat.

3 comments:

  1. Terror cikazz. Buat sendiri menjimatkan. Boleh ikut selera sendiri. Kebersihan terjamin.

    ReplyDelete
  2. Mokjadeandell:

    Takde la terror manapun. Ada jugak terjadi kacang tu pecah masa dalam kuali. Jenuh mengaut kacang tu. Hehe.

    Angah:
    Jika ada yang nak beli, akak jual je. Boleh jugak tambah duit poket. Haha.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^