Pages

Saturday, May 27, 2017

Karipap lagi?

Assalamu'alaikum.

Karipap lagi?

Iya, aku memang buat lagi karipap untuk frozen ni. Saja la buat untuk makan sendiri. Jika ada yang nak beli, aku jual je. Dapat jugak menambah duit poket. 😄😄😄 Tapi orang susah nak beli. Mungkin sebab tak yakin dengan piawaian rasa karipap tu. Tapi jika diberi percuma, mau aje dong! Heh.





Ni resepi inti karipap yang aku olah. Kerja aku ni asyiklah ubah-ubah resepi je. Selagi tak puas hati, selagi tu la dok ubah. Heh.

8 biji kentang - dipotong dadu
1 genggam ikan bilis - dikisar 
1 mangkuk kecil isi ayam yang dipotong kecil
3 labu bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - ditumbuk atau dicincang
4 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan cili kering kisar - masukkan sekali dalam bancuhan serbuk kari
2 tangkai daun kari - dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

1- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
2- Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili kering kisar tadi. Kacau-kacau dan masak hingga pecah minyak. 
3- Lepas tu, masukkan pula ikan bilis dan isi ayam. Kacau sebati. 
4- Kemudian, masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5- Masukkan pula kentang dan tambah lagi air biar sama paras dengan kentang atau lebih sedikit dari paras kentang. Masukkan juga garam kasar.
6- Masak dan kacau selalu supaya inti tak hangit atau melekat pada kuali. 
7- Masak sehingga air kering. Rasa garamnya dan tutup api dapur. Boleh la toskan inti tadi untuk keluarkan minya yang berlebihan.





Ni resepi yang aku gunakan untuk buat kulit karipap ni. Resepi ni olahan aku sendiri. Aku ni kan jenis suka ubah-ubah dia punya sukatan. Bukan apa, tujuannya supaya senang aku nak tau resepi mana yang mudah untuk aku handle.

5 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan minyak masak - panaskan
1 sudu makan marjerin - panaskan
1 3/4 air- tuang sedikit demi sedikit semasa menguli.
1/2 sudu makan marjerin - masukkan masa akhir menguli supaya doh tidak melekat pada jari.

1- Panaskan sekejap minyak masak bersama 1 sudu makan marjerin.
2- Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul sebati.
3- Curahkan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum.
4- Dengan menggunakan sudu, kacau adunan tadi. Apa sudah suam, gaulkan adunan hingga menjadi seperti serbuk roti. 
5- Lepas tu, masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli perlahan-lahan. Jika adunan dah okay dan air masih ada lebihan, biarkan saja air lebihan tadi.
6- Akhir sekali, masukkan 1/2 sudu marjerin dan uli sebati hingga doh tidak melekat pada jari.
7- Buatkan bulat-bulat kecil. Perap lebih kurang 15 minit. Nak perap 30 minitpun takpe. Nanti doh jadi semakin lembut dan senang digelek.





Kali ini, aku masih kelim sendiri kulit karipap ni. Masih lagi terkial-kial mengelim. Kelimnya pulak masih lagi tak cantik. Takpe, belajar perlahan-lahan. Alah bisa, tegal biasa. Kena buat selalu untuk lembutkan jari. Kan?






Ni pula video cara aku kemaskan lagi doh karipap yang kecil-kecil tu. Gigih tu pergi merakam. Jari kanan menggelek doh dan jari kiri merakam. Maka, bergoyang-goyanglah videonya. Haha.





p/s: Alhamdulillah. Dapat 67 biji karipap frozen. Buat sendiri lebih menjimatkan. Betul tak?

1 comment:

  1. Oh akak bulatkan dulu then perap pulak...kami biasa buat terus je.

    Hihihi

    .

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^