Assalamu'alaikum.
Cara nak siang rebung.
Gigih tu pi rakam video. Haha. Video ada goyang sikit la. Maklum la, sebelah tangan pegang handphone dan sebelah tangan lagi dok kelensetkan kulit luar rebung tu. Semua ni atas niat nak berkongsi apa yang aku buat. Kot la lepas ni ada orang lain boleh siang rebung sendiri. Jadinya, takde la buat alasan tak tau nak siang rebung ni. Heh.
Cara nak siang rebung.
Rebung ni adik aku beli masa dia pergi Cameron Highlands masa hari kedua puasa hari tu. Dia beli empat batang. Dua batang besar dan dua batang kecil. Dua batang besar tu, aku suruh dia bawa balik manakala dua batang kecil tu, tinggal kat rumah ni.
Ini merupakan kali pertama aku siang sendiri rebung ni. Selalunya tengok mak aku je yang siang. Sekarang ni mak aku dah uzur, maka akulah yang kena belajar siang sendiri rebung ni.
Gigih tu pi rakam video. Haha. Video ada goyang sikit la. Maklum la, sebelah tangan pegang handphone dan sebelah tangan lagi dok kelensetkan kulit luar rebung tu. Semua ni atas niat nak berkongsi apa yang aku buat. Kot la lepas ni ada orang lain boleh siang rebung sendiri. Jadinya, takde la buat alasan tak tau nak siang rebung ni. Heh.
Dah selesai buang kulit luar rebung tu, boleh la kikis atau buang pulak lapisan yang berwarna coklat tu.
Hiris rebung senipis yang boleh. Jangan hiris tebal sangat. Takut nanti keras dan lambat empuk masa kita masak rebung tu.
Okay, dah siap dah. Rendam dalam periuk atau besen. Mak aku kata, tak payah letak garam.
Cara siang rebung ni lebih kurang sama macam cara siang jantung pisang. Kena buang kulit luar tu sampai kepada bahagian yang berwarna putih sahaja.
p/s: Aku ingat nak buat masak lemak cili padi ayam dengan rebung ni untuk menu berbuka puasa petang nanti.
p/s: Aku ingat nak buat masak lemak cili padi ayam dengan rebung ni untuk menu berbuka puasa petang nanti.
haa bossku jumpa rebung dlm hutan blkng umah..tgk vid cara sediakannya nmpk mudah..tqs
ReplyDelete