Assalamu'alaikum.
Menu berbuka puasa hari kelima dan keenam.
Hari kelima puasa, aku masak tempoyak ikan patin dan masak lemak cili padi ayam berencahkan kentang. Ini merupakan kali pertama aku masak ikan patin tempoyak ni. Secara jujurnya, aku kurang menggemari masakan tersohor negeri Pahang ini. Tapi disebabkan anak buah dah beli ikan patin ni dan dia siap beli dengan cili padi dan timun tahun tu sekali, maka aku gagahkan jugak la memasaknya. Kiranya aku masak patin tempoyak ni atas permintaan anak buah tu la.
Memandangkan lauk semalam tu masih ada lagi, makanya hari keenam puasa tu, aku cuma masak nenas tumis air ni je. Ni pun merupakan kali pertama aku masak nenas macam ni. Selalunya aku masak pajeri je. Sedap jugak masak ringkas macam ni. Tambah pulak bulan puasa ni tekak macam tak lalu je nak makan. Makanya, apabila dapat je masakan seperti nenas tumis air ni, jadi berselera la sikit memakannya. Namun, tak boleh la makan lebih-lebih. Kesihatan nak kena jaga jugak. Heh.
Ni resepi nenas tumis air aku.
1/2 biji nenas masak - bersihkan dan potong ikut suka
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu makan udang kering - tumbuk
1 batang kulit kayu manis**
1 kuntum bunga lawang**
2 biji buah pelaga**
3 biji bunga cengkih**
1/2 sudu teh halba campur
1-2 sudu makan gula pasir
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air untuk jadikan kuah
1- Panaskan minyak dan tumiskan dahulu rempah 4 sekawan bersama halba campur hingga naik bau.
2- Kemudian, masukkan bahan tumbuk. Kacau sebati. Biarkan naik bau. Lepas tu masukkan pula bawang besar dan cili merah serta cili hijau.
3- Lepas tu, masukkan pula nenas yang telah dipotong tadi. Kacau-kacau biar rata. Masukkan pula air secukupnya. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
4- Masak hingga kuah mendidih dan nenas menjadi lembut. Rasa dulu sebelum tutup api dapur.
Bulan puasa ni bulan untuk kita menahan segala jenis nafsu yang ada. Jangan membazir dan jangan mengikut gaya orang lain. Orang beli banyak makanan di bazar ramadan, kitapun ikut beli jugak. Lepas tu makan tak habis. Kan dah membazir kat situ. Bersorak sang setan tengok makanan banyak terbuang.
p/s: Siapa yang berniaga makanan atau minuman di bazar ramadan tu, masaklah dengan sepenuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh seumpama memasak untuk bagi makan sekeluarga. Janganlah masak main cincai je. Kasihanilah para pembeli.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^