Pages

Thursday, June 22, 2017

Jubah raya sempoi.....

Assalamu'alaikum.

Jubah raya sempoi.....


Raya tahun ini, aku jahit jubah je. Malas pulak nak jahit baju kurung sebab baju kurung yang sedia ada dalam almari tu pun tak habis pakai. 









Semua kain yang aku buat jubah ini merupakan pemberian daripada sepupu aku yang kerja pilot tu. Setiap tahun dia bagi aku dan mak aku kain. Ni tak tau kain tahun berapa sebab memang dah lama kain ni aku simpan. Terima kasih kazen. Moga Allah murahkan rezeki yang melimpah ruah kepada anda sekeluarga. Aaamiin.


Kononnya malas nak buat baju raya. Kononnya nak pakai je jubah mak aku sebab jubah mak akupun banyak. Tapi lepas jahit sehelai jubah ni, rasa semangat pulak nak jahit lagi dua helai tu. Haha.


p/s:  Ada beberapa pasang lagi kain pemberian beliau yang masih belum dijahit. Nantilah lepas raya ni aku pulun jahit jubah semua tu. Dah tua-tua ni eloklah pakai baju yang longgar sikit. Biar senang angin masuk. Takde la panas memanjang. Heh.

1 comment:

  1. Sekarang musim berjubah....saya pun berjubah jugak tahun ni...hihi

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^