Assalamu'alaikum.
Tuai halia. Seronoknya!
Baru sekejap tadi aku harvest halia yang aku tanam dulu. Hari tu, kakak aku ada bagitau; dia kata daun pokok halia tu kalau dah kuning macam tu, dah boleh ambil dah isi dia. Terpulanglah samada nak semai balik semula atau gunakan. Kalau dibiarkan, takut nanti isi halia tu busuk macam tu je. Dah rugi je nanti, kan?
Ni gambar masa mula-mula kebun mini aku beroperasi. Nampak kosong je.
Gambar pada 27 Mac yang lalu. Dah penuh sikit dah kebun mini aku ni.
Potong dulu rumpun yang merimbun tu untuk memudahkan proses mengeluarkan isi halia dari dalam polybag.
Dan ini adalah cara yang aku gunakan untuk keluarkan pokok halia ni dari polybag tanpa merosakkan polybag tersebut. Polybag tu nanti boleh kita gunakan balik semula. Asasnya di sini adalah, jangan membazir. Heh.
Kemudian, terbalikkan polybag tadi. Tumbuk-tumbuk sedikit di sekeliling polybag supaya tanah tu lembut bagi memudahkan proses pengeluaran rumpun halia.
Dengan menggunakan kedua belah tangan, tarik perlahan-lahan bahagian bawah polybag tadi.
Tadaaaa....!! Dah keluar dah tanah tadi. Senang je dia keluar. Jika tanah tu keras, kenalah siram dulu dengan air biar dia lembab supaya senang nak keluarkan tanah tu.
Beginilah rupanya rumpun halia yang telah dikeluarkan dari dalam polybag.
Banyak sungguh cacing tanah. Gemuk-gemuk pulak tu! Ikutkan hati memang geli geleman la jugak. Haha.
Buang dulu saki baki tanah yang ada. Lepas tu barulah dibersihkan dengan air.
Dan inilah hasil halia yang sudah aku tuai dan bersihkan. Alhamdulillah.
p/s: Alhamdulillah. Tak sia-sia berbudi pada tanah. Seronok sungguh apabila dapat hasilnya. Lepas ni boleh la buat air rebusan halia untuk buang angin dan toksik dalam badan. Heh.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^