Pages

Thursday, October 12, 2017

DIY: Buat racun semut sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat racun semut sendiri.


Semalam aku ada terbaca kat satu laman web (maaf tak ingat web apa) berkaitan dengan cara nak matikan semut sama ada semut di dalam rumah atau semut pada tanaman.


Aku dah cuba sembur sekejap tadi pada pokok dan dalam rumah. Alhamdulillah, menjadi. Semut hitam dan semut halus tu mati. Lepas ni tak perlu dah gunakan racun serangga. Dah boleh buat racun sendiri.


Caranya adalah; masukkan semua bahan di bawah ini ke dalam botol penyembur dan goncang. Lepas tu boleh la semburkan pada semut. Sukatan jangan overdose. Takut nanti pokok pulak yang mati. :D 


1 1/2 cawan air paip
1/4 cawan cuka makan
2 sudu makan cecair pencuci pinggan (aku gunakan Glo)





Dua kali aku ulang buat bancuhan racun semut ni. Ini menunjukkan yang semut memang banyak kat rumah aku. 


Aku cuba jugak sembur racun semut buatan sendiri ni pada bena atau kuya iaitu sejenis serangga putih yang selalu menyerang tanaman. Harapnya, mati la bena tu. Bena ni kalau dah menyerang tanaman sama ada pokok sayur atau pokok bunga, memang takde harapan la pokok tu nak hidup subur.


p/s: Nampak gayanya, lepas ni kenalah sediakan stok cuka makan pulak. Haha.

2 comments:

  1. easy tips ni.
    kalau aida x silap, cecair campuran ni jugak boleh semburkan lalang.
    nanti lalang akan layu / mati.
    and area tu lambat la lalang naik balik.
    nanti nak cari balik sumber nya.

    ReplyDelete
  2. Wah boleh try juga ni, sembur kat tanah yang banyak semut api..mana tau bertempiaran lari ke semut tu

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^