Pages

Monday, October 16, 2017

Resepi kek pisang berangan.

Assalamu'alaikum.

Resepi kek pisang berangan.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat kek pisang berangan yang semenggah. Haha. Bukan apa, aku selalu buat kek pisang ni tapi selalunya tekstur kek tu tidak memuaskan. Dia macam padat sikit dan tak berapa nak naik. Istilah paling senang, bantat la. Hehe.






Bahan dan cara buat kek pisang berangan:


4 biji pisang berangan - dilenyek dengan garfu
1/2 cawan gula pasir (jika suka manis, boleh tambah)
5 biji telur ayam gred C
3/4 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh paste pisang (aku tak letak esen sebab bau dia kuat sangat walaupun letak sikit)
1 1/2 cawan tepung gandum**
1 sudu makan baking powder**
1/2 sudu teh soda bikarbonate**
Ayak bahan yang bertanda ** dan ketepikan sekejap.


1- Putar telur dan gula sampai kembang. 

2- Masukkan ovalette dan paste pisang dan teruskan memutar. (anggaran seminit setiap satu bahan)

3- Matikan mixer. Dengan menggunakan spatula, masukkan pisang dan kacau sehala.

4- Masukkan pula minyak masak. Kacau sehala biar sebati.

5- Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau.

6- Lenserkan loyang dengan minyak masak dan alaskan dengan kertas A4.

7- Panaskan dulu oven selama 10 minit dengan suhu 160 C.

8- Isikan adunan ke dalam loyang dan hentak-hentak manja.

9- Jika nak letak kepingan pisang di atasnya, boleh la hiriskan pisang dan letak.

10- Bakar dengan suhu 160 C sehingga masak atau kek tidak melekat pada cake tester/lidi. Masa membakar anggaran 45-55 minit bergantung pada suhu dan oven masing-masing. 







Jika nak diikutkan, aku masih lagi tak puas hati dengan hasil kek pisang berangan yang aku buat ni. Aku mahukan yang lebih gebu. Namun, sebagai manusia, aku wajib bersyukur. Sekurang-kurangnya kek ni takde la kena baling kat pangkal pokok pisang. Hehe.


p/s: Takpe. Nanti cuba buat lagi untuk mahirkan diri. Yang penting, jangan mudah berputus asa. Yakin boleh! Yeaahhh...!!!

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^