Pages

Tuesday, November 28, 2017

Pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Pokok durian belanda.

Sepagi ini, aku dok sibuk kemas kini anak pokok durian belanda aku ni. Isi tanah dan susun balik semula serta trim pucuk dia supaya nanti boleh jadi bercabang-cabang.




Aku ajak sekali budak-budak bulus ni untuk temankan aku. Maklum la, anak pokok durian belanda ni rimbun sangat. Takut jugak aku kalau-kalau ada pulak yang melingkar kat bawah tu. Tambahan pulak sekarang ni musim hujan, kan? Kata orang, beringat sebelum kena. Tu yang panggil geng bulus tu buat teman. Tapi jenuh aku panggil, dorang buat tak tau je. Sudahnya, sekor ni je la yang datang. Itupun sekejap je. Caitt..! Haha.







Gigih tu pi belah buluh bekas isi lemang ni untuk buat pancang sebab anak pokok tu dah tinggi. Jadinya, kenalah bagi dia sokongan supaya tak rebah.





Sambil isi tanah, sambil letak baja dan letak buluh pancang tu sekali. Lepas tu, kambus balik baja tu. Stok tanah aku dah habis dah. Sekejap je habis sepuluh beg besar. Adeh..







Dah siap, barulah susun balik semula polybag anak pokok durian belanda tu. Gigih jugak pi lapik simen tu dengan plastik untuk elakkan rumput liar tumbuh. 




Dah siap dah kemaskan kawasan anak pokok durian belanda ni. Ada dalam 54 polybag semuanya. Itu tak termasuk dengan 4 polybag dah bagi kat orang dan dua polybag dah tanam atas tanah.




Aku semai benih durian belanda ni untuk projek kakak aku lepas dia pencen nanti. Dah lama dah aku semai. Kisahnya ada di sini. Sila klik jika nak baca. Heh. Sekarang ni umur anak pokok durian belanda ni lebih kurang lapan bulan tapi ada jugak yang tak sampai lapan bulan sebab aku semai tak sama waktu.


Oh, rupanya aku semai benih durian belanda ni sejak dari bulan tiga lagi. Mujur ada post kat fb. Boleh la imbas kembali. Haha.


p/s: Kita usaha je. Yang menjadikan ia berjaya adalah dengan izin Allah jua.

Pokok kacang buncis.

Assalamu'alaikum.

Pokok kacang buncis.

Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama hari tu, pokoknya dah mati dah sebab kena serang dek bena/kuya dan juga siput babi. Dapat la merasa dalam lima urat (tangkai) kacang buncis tu. Jadi la. Haha.


Kali ini, aku tanam kat bahagian belakang rumah pulak. Tanam sekali dengan pokok cili besar. Kiranya ni tempat baru la. Harap takde la kena serang dengan bena/kuya tu lagi. Siput babi memang ada tapi setakat ni nampaknya dia belum lagi menyerang pokok kacang buncis tu. Tapi dia dah mula masuk dah dalam pasu yang ada anak pokok cili besar aku ni. Geram betul! Memang selamat la aku kerjakan. 




Gigih tu aku pergi tajak rumput kat kawasan belakang jamban ni. Lepas tu, lapik pulak dengan plastik untuk elakkan rumput tumbuh. Lepas tu, susun pulak batu-bata dan tin susu Ensure yang dah kosong tu untuk buat lapik pasu dengan harapan siput babi susah la nak panjat tapi dia tetap jugak dapat panjat pasu tu. Hahaha. 











Dalam botol kat gambar bawah ni, aku letakkan bancuhan cuka makan, air dan cecair pencuci pinggan. Sengaja aku sangkutkan kat pagar tu supaya senang aku nak sembur semut jika ada kat dalam pasu tu. Aku sembur semut dan serangga lain tu je. Jangan sembur kat daun atau mana-mana bahagian pokok. Takut nanti pokok tu lecur dan mati. Aku dah kena dah hari tu. Heh. sembur je kat pasu ataupun kat tanah dalam pasu tu. Masa sembur tu, hadang la sikit pangkal pokok tu dengan tapak tangan.





Persoalan aku sekarang ni adalah; masa bila kita nak letak baja buah tu ehh? Ke, tak perlu letak baja buah tu? Aku bab letak baja ni memang agak fail sikit la. Rasanya memang kena letak baja buah sebab pokok ni jenis berbuah, kan? Cuma masa untuk letak tu yang aku tak pasti. 


Gambar terkini. Baru je sekejap tadi aku ambil. Heh.


p/s: Setiap kali menanam sayur, aku memang tak sabar nak dapatkan hasilnya. Teruja melihat perkembangan pokok tu dari sehari ke sehari.

Monday, November 27, 2017

Masakan hasil dari kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Masakan hasil dari kebun mini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur di atas segala limpahan rahmat dan nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.


Inilah antara masakan yang hasil sayurnya dipetik dari kebun mini kat rumah aku ni. Betul la kata orang; jika berbudi pada tanah, insyaAllah, pasti ada hasilnya. Berapa banyak hasil  yang kita dapat, itu jangan diambil kisah sangat. Yang penting, kita yakin bahawa tanaman kita itu bebas dari racun serangga. 


^
Kobis yang tak berapa bulat. Haha. Walaupun kecil, dapat la jugak semangkuk apabila digoreng.
v


^
Kacang panjang merah dan kacang panjang renek. Goreng campur dengan telur. Sedap.
v


^
Bendi dan bunga kantan. Masukkan dalam asam pedas. Mabeles..! Daun kesum tu pun ambil dari kebun mini aku jugak. 
v


 ^
Ini tuaian untuk hari ini. Dapat la jadi rencah dalam masak lemak cili padi ikan siakap ni.
v










Jika diikutkan, dah banyak dah hasil dari kebun mini aku ni yang aku kutip hasilnya. Alhamdulillah. Apabila ada hasil, makin bersemangat nak menanam lagi.


p/s:  Tanam tanaman takpe. Boleh jimat belanja dapur. Jangan tanam dosa. Tanam dosa, tak dapat apapun. Dapat dosa tu je la. Heh.

Sunday, November 26, 2017

Sawi kailan Jepun.

Assalamu'alaikum.

Sawi kailan Jepun.

Mana satu nak panggil ni? Sawi kah? Kailan kah? Ataupun Jepun? Hahaha. Mengong sungguh aiihh.. Dah tulis kat peket benih tu, sawi kailan Jepun, maka panggil je la ikut nama seperti yang tertera di situ, kan? Saja la tu nak tanya. Hehe.


Biji benih sawi kailan Jepun ni aku beli secara online. Boleh search biji benih online di facebook. 


















p/s: Kena tunggu besar sikit lagi kot baru boleh petik. Yang besar sikit cuma satu pasu tu je. Mungkin sebab pasu dia besar sikit dari pasu yang lain. Agaknya la. 



- UPDATE -

Aku semai lagi benih sawi kailan Jepun ni. Semai dalam botol air mineral terpakai tu je. Harap dia cambah dan hidup subur hendaknya.




Friday, November 24, 2017

Alamak! Dia tumbang la pulak!

Assalamu'alaikum.

Alamak! Dia tumbang la pulak!

Lewat petang semalam hujan lebat. Aku tak perasan pulak pokok pisang ni tumbang. Ye la, dah hujan, malas la nak keluar. Lagipun dah lewat petang dah. Lepas tu, hujan bersambung sampai ke malam. 


Pagi ini baru aku perasan yang satu pokok pisang 40 hari ni dah senget dah. Dia punya tunggul dah terkeluar dah. Mujur ada bumbung bilik mandi yang jadi tempat untuk dia berpaut. Dah la batang pisang ni besar ya amat. Aku nak sokong dengan kayu sorang-sorangpun tak larat nak tolak batang pisang tu.





p/s: Agak-agak boleh selamatkan lagi tak pokok pisang ni? Sayang la. Dah la buah dia banyak. 


= UPDATE =


Aku da tambat dah batang pokok pisang ni kat batang pokok duku sebelah tu. Lepas tu, letak jugak kayu penyokong walaupun kayu penyokong tu macam tak kuat je. Haha. Dah itu je kayu yang ada. Jadi la buat syarat je. Harap takde la angin yang kuat yang akan menyebabkan pokok pisang ni rebah lagi sekali. Moga ada rezeki untuk aku. Aamiin.



Thursday, November 23, 2017

Pendengki sungguh aihh...!

Assalamu'alaikum.

Pendengki sungguh aihh...!


Dorang ni kan, memang tak boleh tengok aku senang lenang sikit. Pantang nampak aku rileks dok landing atas katil, mesti dorang dengki, nak jugak landing sama. Walaupun ruang tu sempit, dorang apa peduli, janji dorang dapat menyelit sekali. Sabar je la dengan perangai masing-masing.


Sudahnya, aku la yang terpaksa mengalah. Terpaksa bangun dari katil tu. Ehh, lepas je aku bangun, dorangpun ikut bangun sama. Tak ke pendengki namanya tu. Caiitt..!


Tak percaya? Jom tengok aksi dorang yang super duper seksi ni. 😝😝😝


 Dapat menyelit bawah ketiakpun jadi la. Sabar je la.






Dah macam kembar la pulak. Gaya tidurpun nak kena sama. Haha.


Ni nama dia #Kecik. Dia ni memang tak senonoh sikit. Ehh, banyak dia punya tak senonoh tu. Haha.




Yang ni pulak nama dia #Chobey. Dia ni agak manja dan mengada-ngada sikit. Tak padan dengan jantan tapi dia punya manja tu mengalahkan kucing betina. 🤭🤭🤭








Yang tak boleh blah tu, kaki siap letak kat buku aku! 😱😱😱 Weii...! Akupun tak pernah letak kaki aku kat novel atau buku aku tau!  




Memang nak kena jentik kaki dia ni. Biasa dia tu...! Tak hormat langsung pada harta benda orang. Mak awak tak ajar ehh? Patut la awak tak pandai-pandai. Siapa suruh letak kaki kat buku? 😹😹😹





Mujurlah ada coklat pepero ni. Layan coklat ni lagi bagus daripada berebut katil dengan dorang. Hahaha.




p/s: Ikut suka korang la weii...! Aku layankan aje. Haha.