Assalamu'alaikum.
Pokok durian belanda.
Sepagi ini, aku dok sibuk kemas kini anak pokok durian belanda aku ni. Isi tanah dan susun balik semula serta trim pucuk dia supaya nanti boleh jadi bercabang-cabang.
Aku ajak sekali budak-budak bulus ni untuk temankan aku. Maklum la, anak pokok durian belanda ni rimbun sangat. Takut jugak aku kalau-kalau ada pulak yang melingkar kat bawah tu. Tambahan pulak sekarang ni musim hujan, kan? Kata orang, beringat sebelum kena. Tu yang panggil geng bulus tu buat teman. Tapi jenuh aku panggil, dorang buat tak tau je. Sudahnya, sekor ni je la yang datang. Itupun sekejap je. Caitt..! Haha.
Gigih tu pi belah buluh bekas isi lemang ni untuk buat pancang sebab anak pokok tu dah tinggi. Jadinya, kenalah bagi dia sokongan supaya tak rebah.
Sambil isi tanah, sambil letak baja dan letak buluh pancang tu sekali. Lepas tu, kambus balik baja tu. Stok tanah aku dah habis dah. Sekejap je habis sepuluh beg besar. Adeh..
Dah siap, barulah susun balik semula polybag anak pokok durian belanda tu. Gigih jugak pi lapik simen tu dengan plastik untuk elakkan rumput liar tumbuh.
Aku semai benih durian belanda ni untuk projek kakak aku lepas dia pencen nanti. Dah lama dah aku semai. Kisahnya ada di sini. Sila klik jika nak baca. Heh. Sekarang ni umur anak pokok durian belanda ni lebih kurang lapan bulan tapi ada jugak yang tak sampai lapan bulan sebab aku semai tak sama waktu.
Oh, rupanya aku semai benih durian belanda ni sejak dari bulan tiga lagi. Mujur ada post kat fb. Boleh la imbas kembali. Haha.
Oh, rupanya aku semai benih durian belanda ni sejak dari bulan tiga lagi. Mujur ada post kat fb. Boleh la imbas kembali. Haha.
p/s: Kita usaha je. Yang menjadikan ia berjaya adalah dengan izin Allah jua.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^