Assalamu'alaikum.
Mari kita memunggah!
Hamboi! Punggah apa tu? Punggah barang nak pindah ke? Eh, tak la. Nak pindah ke mana pulak. Dah sini je rumah yang aku ada. Duduk aje la kat sini. Haha.
Hari Jumaat lepas, kakak aku satu family ada balik sini. So, keesokan harinya, aku ajak la kakak aku dan dua orang anak dia tolong aku punggah halia dan kunyit yang aku tanam dalam pasu dan polybag. Halia tu aku tanam dalam pasu besar dan kunyit tu dalam polybag saiz sederhana.
Sebelum tu, aku minta tolong anak buah bujang ni punggah pasu bekas aku tanam pokok bunga kobis hari tu. Dah habis tuai dah bunga kobis tu. Tinggal lagi dua pasu je lagi.
Lepas tu, barulah mulakan operasai memunggah halia dan kunyit. Bab memunggah ni memang aku angkat tangan mengaku kalah. Tak larat sangat dah kudrat ni tapi kalau takde siapa aku nak minta tolong, aku gagahkan jugak la badan ni buat kerja memunggah tu.
Dan inilah hasilnya kunyit dan halia yang dipunggah tu. Kunyit yang masih ada batang tu, kakak aku dah bawak balik ke Labis. Dia kata nak tanam kat pejabat dia. Okay la tu sebab akupun dah malas dah nak tanam kunyit ni. Lagipun dah ada serumpun kunyit yang aku tanam atas tanah. Elok merimbun kunyit tu. Tanam banyak-banyakpun bukannya aku guna sangat. Sesekali je aku ambil daun dia untuk bakar ikan.
Lepas ni berhenti sekejap beli halia. Tanam halia dalam pasu besar, hasilnya isi haliapun besar-besar jugak. Macam isi halia yang dibeli di pasar tu. Puas hati sungguh dapat isi halia besar macam ni. Tak macam isi kunyit tu. Kecil-kecil je sebab tanam dalam polybag sederhana. Halia tu aku bagi sikit kat kakak dan adik ipar. Sama-sama berbagi rezeki.
Alhamdulillah. Inilah untungnya berbakti pada tanah. Bakti disemai, bukti dituai. Begitulah kaedahnya. Heh.
p/s: Entri ini aku tulis dengan menggunakan browse Internet Explorer. Agak susah sikit nak guna IE ni sebab aku biasa gunakan Google Chrome tapi disebabkan GC aku tu ada masalah, maka terpaksalah tukar kepada IE. Kalau aku guna GC, nanti laptop aku akan 'hang' dan lepas tu terpaksalah aku off-kan sekejap. Letih!
Tak rugi berbakti pada tanah.. Hasilnya memang lumayan..
ReplyDelete