Pages

Sunday, December 31, 2017

Kacang buncis: Tanam kali kedua.

Assalamu'alaikum.

Kacang buncis: Tanam kali kedua.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama tanam dulu, cuma dapat dua tiga biji je hasilnya. Lepas tu, pokok diapun mati sebab diserang semut dan bena.


Disebabkan biji benih kacang buncis tu masih ada lagi, akupun kuatkan semangat dan cuba lagi tanam. Alhamdulillah, kali ini banyak jugak buah dia. Kali ini jugak aku lebihkan jaga pokok ni. Asal nampak semut je, terus aku sembur dengan racun organik yang aku buat sendiri.









https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1744878218869610&set=a.576181099072667.1073741825.100000423451452&type=3&theater

 p/s: Cuba la. InsyaAllah, pokok tak lecur. Aku dah buat testimoni dah. Banyak kali dah aku buat. Yang penting, sukatan jangan overdose. Apa-apa bendapun, jika overdose, memang akan ada kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, kenalah ikut aturan ya. Heh.
.

2 comments:

  1. Tanaman kacang buncis saya tak berapa menjadi walaupun pokoknya kelihatan subur. Teringat kawan saya pernah tanam pokok kacang ini berbajakan tahi arnab saja tapi kacangnya yang keluar sampai tak nampak daun orang kata.

    ReplyDelete
  2. Normala Saad:

    Maksud kawan tu, elok guna baja tahi arnab la ya? Tahi arnab tu baja organik. Memang ramai yang kata baja organik dari sisa haiwan ni macam najis lembu, ayam, arnab dan kuda memang bagus untuk tanaman.

    Saya ni guna baja kimia je. Baja organik agak mahal.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^