Pages

Saturday, December 30, 2017

Ole-ole dari Kampung Gachong.

Assalamu'alaikum.

Ole-ole dari Kampung Gachong. 

Alhamdulillah. Hari tu, pakcik aku yang tinggal di Kampung Gachong, Kuala Pilah ada datang ke sini. Dorang sekeluarga datang untuk ziarah Omak aku yang merupakan kakak kepada pak cik aku tadi. 


Dorang datang dengan membawa sekali hasil tanaman di rumah. Banyak tu. Petai tu dah aku bagi sorang sikit. Selebihnya, aku buat jeruk petai. Buah asam gelugor tu pulak aku dah hiris untuk dijadikan asam keping. Buah bacangpun ada. Dah aku bagi kat orang jugak sebab aku kurang suka makan buah bacang ni. Nak buat sambal bacang lagi la aku tak reti nak makan. Lagipun aku bukannya jenis yang suka makan sambal macam sambal belacan tu. Bukan tak suka tapi tak berapa nak reti makan nasi berlaukkan sambal macam tu. Daripada buah bacang tu busuk macam tu je, baiklah aku sedekah kat orang.






Ini merupakan kali pertama aku tengok buah asam gelugor ni depan mata. Siap dapat pegang lagi. Selalunya tengok gambar je. Terima kasih la kat pakcik dan keluarga yang bawak buah ni. Dapat la jugak aku pegang. Hehe. Besar buahnya.





Disebabkan buah asam gelugor ni masih muda, maka dia bergetah la sikit. Agak kuat jugak getah dia tu sampai melekit-lekit jari aku. Biasanya orang hiris buah asam gelugor yang dah masak yang warna kuning tu tapi disebabkan ini je yang ada, takpe la, hiris je la. Jika tak hiris untuk jadikan asam keping, aku nak buat apa pulak dengan buah tu, kan?





Lepas hiris, kenalah jemur. Mujurlah hari tu cuaca panas sikit. Itupun tak kering sangat lagi. Nak kena jemur lagi tapi hari ni hujan la pulak. Sepatutnya kena hiris besar sikit sebab nanti dia akan kecut apabila kering. Tapi disebabkan ini kali pertama aku buat asam keping sendiri, kira okay la kot. Haha. Lain kali jika ada rezeki dapat lagi buah asam gelugor ni, aku hiris lebar-lebar.





p/s: Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. :D
.

2 comments:

  1. Geramnya tengok semua,..petai, bacang, asam gelugor! Dulu-dulu ada kawan mak saya selalu bagi buah asam gelugor. Mak saya rajin menjemur. Cukuplah stok asam keping untuk almost sepanjang tahun. Petai tu akak jerukkan sekali dengan kulit dia ye?

    ReplyDelete
  2. Farrah MF:

    Ha'ah. Petai tu akak jeruk sekali dengan kulit dia. Mak akak yang suruh buat macam tu. Sebelum ni jeruk biji petai tu je. Mungkin sebab nak bagi tahan lama, tu yang jeruk sekali dengan kulit dia.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^