Assalamu'alaikum.
Menu ringkas yang sedap baq ang!
Tu dia! Tajuk entri macam apa je. Haha.
Aku tak tau nak letak nama apa untuk resepi aku ni. Oleh itu, aku letak nama resepi ni, ikan tongkol goreng serai je dah la. Boleh je gunakan ikan lain seperti ikan cencaru atau ikan kembung.
Aku ambil daun pokok bunga kobis ni. Sedap weii goreng daun dia.
Cara aku masak resepi ni mudah ya amat aihh.. Pokoknya, kena la rajin masuk dapoq. Kalau dah malaih, satu kerjapun tak menjadi. Dok la melingkaq macam ulaq kena palu. Tambah-tambah sekarang ni musim hujan. Lagi seghonok la melingkaq sakan. Heh.
1 ekor ikan tongkol atau 3 ekor ikan cencaru.
1 biji bawang besar - jika saiz kecil, gunakan 2 biji.
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang serai
3-4 biji kentang
1 biji limau kasturi - buang biji dia
5 pelepah/helai daun pokok bunga kobis
2 sudu makan sos tiram (Wajib letak. Kalau tak letak, tak sedap)
Garam sedikit sahaja (Tak nak letakpun takpe)
Cara nak buat;
1- Bersihkan ikan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing. Nanti dia keras. Ketepikan.
2- Kupas kentang dan potong macam wedges. Goreng sampai empuk. Ketepikan.
3- Bawang besar tu dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Ketepikan.
4- Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan serai. Ketepikan.
5- Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau.
6- Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau-kacau dan masukkan pula daun bunga kobis tadi. Kacau lagi dan terus je masukkan sos tiram.
7- Masukkan pula perahan limau kasturi. Kacau sebati dan curahkan terus ikan dan kentang yang telah digoreng tadi.
8- Kacau rata. Jika nak ada kuah, boleh la masukkan sedikit air masak. Rasa dulu asam garamnya sebelum tutup api dapur.
9- Siap! Dan boleh la dihidangkan.
10- Tunggu apa lagi! Jom la makan! Haha.
Hat gambaq bawah ni, menu semalam. Sama je resepinya. Cuma hat ni takdak sayoq dengan kentang. Polos gitu! Tapi sedapnya hingga menjilat dasar bekas pyrex tu. Haha.
p/s: Meh la cuba resepi aku ni. Serius sedap weii.. Hehe.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^