Pages

Sunday, January 14, 2018

Jom petik kobis!

Assalamu'alaikum.

Jom petik kobis! 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, yang aku tunggu, sudah boleh dipetik. Kobis bulat dah petik dah sebuah. Walaupun kecil tapi padat isi dia. Berat dia sekilo lebih. Ada lagi lima biji kobis dalam pasu. Yang ni lambat lagi boleh petik. Mungkin dalam bulan dua nanti. Tengok la dulu macam mana. Orang kata, kalau kulit kobis tu dah mula pecah, itu tandanya dah boleh petik dah. Kalau biarkan, nanti dia merekah.






Tunggul kobis tu jangan cabut dulu. Biar je kat dalam pasu. Nanti akan keluar tunas dan boleh jadikan anak pokok. Nanti jadi la dia pokok kobis balik semula. Siram dan baja je macam biasa. Nanti nak cuba jugak tanam guna anak tunas.












Entri ni, dah lama ada dalam draft. Tapi disebabkan laptop aku buat hal, maka lambat la aku publish. Ni laptop dah okay sikit, cepat-cepat aku update dan publish. Maklum la, blog aku ni kan semua benda aku nak masukkan. Heh.


p/s: Ada lima biji kobis lagi dalam pasu. Mungkin bulan dua nanti baru boleh petik.
.

3 comments:

  1. Cantiknya kobis Ci Azz. Saya belum pernah menjadi dengan kobis ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..tips yang sangat berguna. Saya pun suka berkebun😉. Saya pun banyak tanam kobis, dok goggle jumpa page ni. Thanks again ❤️ @mamaziegarden

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^