Pages

Saturday, January 6, 2018

Perkembangan keladi.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan keladi.

Dalam entri hari tu, aku ada kongsikan cara aku 'semai' benih pokok keladi. Alhamdulillah, nampaknya akar keladi tu dah semakin panjang. Sulur pucukpun dah mula keluar dah.





Sikit masa lagi, boleh la ubah keladi ni ke tanah. Ni aku sedang dok intai kawasan la ni. Kat mana aku nak tanam keladi ni. Nak terus tanam atas tanah ataupun dalam pasu/polybag? Tanahpun dah topap dah semalam. Beli lagi sepuluh kampit di kedai Peladang..


 


Update:


Aku dah tanam dah dua anak pokok keladi tu atas tanah. Yang satu pokok lagi tu ingat nak tanam dalam pasu besar atau polybag besar tapi tengok la dulu macam mana. Kalau yang kat tanah ni elok je pertumbuhan dia, mungkin yang satu tu aku tanam kat tanah jugak.






p/s: Usaha tu kena ada. Selepas itu, tawakkal aje la pada DIA. 
.

2 comments:

  1. Kok tanah rumah azz jenih gombor tu elok tanam kek tanah keladi tu azz

    ReplyDelete
  2. Acik Erna:

    Mokasih kak. Kono la tanam kek kawasan sobolah bilik ni haa sobab tanah ehh jonih tanah tambak dongan tanah hitam sawit.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^