Assalamu'alaikum.
DIY: Cara mudah nak tarik pasu.
Tak larat nak angkat pasu? Apa susah, gunakan aje tempat letak tong gas ni. Seeloknya guna yang besi la, baru kuat sikit. Lagi elok jika letak dulu minyak pelincir kat besi bahagian roda tu untuk elakkan dia berkarat. Kalau dah berkarat, memang tak bergerak la roda tu nanti.
Sebenarnya, idea nak jadikan pelapik tong gas ni sebagai 'kereta roda' untuk tarik pasu bermula masa aku dok ukur kelebaran daun pokok bendi ni. Aku memang dah tak pakai dah pelapik ni. Ada tiga pelapik macam ni tapi dua tu rodanya dah tercabut. Mana kala satu lagi tu masih lagi elok. Cuma aku dah tak gunakan sebab kucing selalu kencing kat pelapik tu.
Apabila idea datang, akupun apa lagi, cepat-cepat laksanakan misi DIY aku tu. Syukurlah Allah permudahkan usaha aku ni. Nak guna tali, tali dah sedia ada dan tak perlu selongkar stor untuk mencari. Nak cari tempat pemegang tu, kayu pendek tu pun dah ada jugak. Alhamdulillah, senang kerja aku. Tak perlu ambil masa yang lama.
Seronok pulak dok main tarik-tarik ni. Haha.
Lepas je siap, terus aku gunakan pelapik ni untuk tarik pasu yang aku tanam dengan anak pokok kobis bulat ni. Walaupun pasu ni takde la berat sangat sebab tanahnya sikit tapi dengan menggunakan pelapik beroda tadi, kerja aku menjadi lebih mudah dan pantas.
Dah siap dah alih kesemua pasu anak pokok kobis bulat ni ke tempat yang lapang, yang terdedah pada cahaya. Anak kobis ni dah stabil, baru boleh letak kat tempat terbuka supaya pembesarannya tidak terganggu.
Dah senang sikit kerja aku. Takde la sakit pinggang nak angkat pasu jauh-jauh. Biasa letak pasu atas kereta tolak tapi nak angkat pasu tu masuk ke dalam kereta tolak tu satu masalah jugak sebab kereta tolak tu tinggi. Dah la pasu banyak yang besar dan berat. Ni guna pelapik beroda ni, senang je sebab dia rendah.
p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^