Assalamu'alaikum.
Masak apa hari ni..?
Masak apa? Aku masak yang ringkas je. Jadi la. Masak untuk makan dua orang je; aku dengan abang aku.
Ini ikan tongkol goreng sambal. Sambal tu pulak adalah sambal yang aku belajar dari facebook hari tu yang aku frozen-kan. Senang betul kerja memasak apabila ada sambal yang dah siap frozen ni.
Aku goreng sayur yang dipetik dari kebun mini aku. Aku petik sawi dan sawi kailan jepun tapi untuk hari ini, aku cuma masak sawi je dulu. Nanti masak semua takut tak habis pulak. Dah membazir je. Biarlah masak sedikit asalkan habis dimakan.
Kuah asam pedas semalam ada lagi sikit. Ikannya dah takde. Jadi, aku panaskan kuah tu. Sayang nak buang sebab kuah tu sedap! Hahaha. Isi bakul angkat sendiri namanya ni. Heh.
Dan inilah sayur-sayur yang aku petik dari kebun mini aku tu. Inilah seronoknya apabila menanam sendiri di rumah. Tak perlu terkocoh-kocoh nak ke pasar untuk membeli sayur. Buka je pintu dapur, dan terus nampak pokok sayur.
Esok giliran awak pulak kena goreng, tau. :D
p/s: Alhamdulillah. Berbudi pada tanah, insyaAllah, ada hasilnya. Jadinya, moh la kita sama-sama berbudi pada tanah. Takde tanah lapang, boleh aje beli tanah dalam kampit.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^