Assalamu'alaikum.
Maruku Babas.
Gambar ni dah lama aku simpan dalam folder. Sejak 19 April lagi ada dalam folder tu. Tak sempat lagi nak masukkan dalam blog. Cuma sempat upload kat facebook je. Macam la sibuk sangat. Heh.
Ini kisah tepung maruku Babas. Jiran aku yang perkenalkan tepung maruku ni kat aku. Aku mana la tau sangat fasal tepung segera macam ni. Paling tidakpun, aku cuma kenal tepung goreng ayam Bestari dengan tepung goreng pisang Adabi tu je.
Jiran aku tu siap ajar aku macam mana nak bancuh tepung maruku Babas ni. Walaupun cara nak buat dah disediakan di belakang plastik bungkusan, tapi aku nak jugak tau dari pengalaman orang yang dah buat. Baru la ada rasa yakin sikit. Dia kata, untuk sebungkus tepung yang beratnya 500 gram ni, dia gunakan setengah buku butter. Dalam resipi kat belakang plastik tu, takdepun tulis guna butter. Cuma guna satu sudu besar minyak sapi je dan air. Tapi kalau letak butter tu, maruku ni jadi lagi lembut. Takde la keras sangat.
Maka, akupun buat la ikut arahan yang diberi di belakang bungkusan tu. Sampai guna dua acuan lagi untuk dapatkan keselesaan pada jari. Namun, lingkaran maruku aku jauh sangat beza dia dengan lingkaran maruku pada plastik bungkusan tu. Haha.
Aku dah tak ingat berapa harga sebungkus tepung maruku Babas ni. Rasanya dalam RM5.60 kot. Mungkin dalam sekitar situ je. Tak tau la kot sekarang ni harga dia lagi murah sebab dah takde GST. Ehh..! Haha.
p/s: Boleh beli stok tepung ni lebih sikit. Nanti boleh buat kuih raya. Tapi kalau nak buat, buat dah dekat nak raya. Kalau buat awal, alamatnya raya nanti tinggal habuk dia je la. Hehe.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^