Pages

Friday, May 11, 2018

Masak lemak cili padi ikan baung bersama rebung madu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan baung bersama rebung madu.

Ikan baung ni, aku beli dua minggu lepas. Masa beli tu, ikan ni masih hidup lagi. Bergerak-gerak lagi rahang dia. Rahang? Hentam aje la labu.. Haha.


Kata si penjual, ini ikan baung dari sungai Jelai. Aku beli sebab dah lama sangat tak makan. Lagipun, adik aku suka sangat dengan ikan baung ni. Masa Omak aku sihat dulu, Omak memang selalu beli ikan baung tapi sejak Omak uzur, takde dah la membelinya. Kiranya dah lebih 3 tahun dah tak membeli ikan baung. Lama, kan?




Rebung madu ni pula kakak aku bawa dari Labu. Yang stok hari tu pun masih ada lagi, sudah dibawa stok baru. Alhamdulillah. Tapi, stok hari tu, sudahpun selamat dimasak bersama udang. Kakak ipar aku yang masak masa dia balik untuk mengundi hari tu. Dapat la makan ramai-ramai sebab ramai yang balik mengundi di sini.






Disebabkan adik aku yang sorang ni masih lagi cuti, maka akupun masak la ikan baung ni. Dah kegemaran dia, kan? Tadi, tanya la dia; dah makan ke? Dia cakap; dah banyak kali makan dah. Lepas tu, akupun cakap la; patut la lauk dah habis. Tinggal kuah je. Diapun jawab balik; tau takpe! Haha. Makan la. Memang aku masak untuk diapun. 




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah beri. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kepada aku dan keluarga serta kita semua. Aamiin.
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^