Assalamu'alaikum.
Kuih raya keempat 2018.
Pagi ini, aku buat kuih maruku pula. Macam yang hari tu juga la, aku gunakan tepung maruku Baba's ni. Mudah dan senang nak buat.
Ikut resepi di belakang bungkusan tu, kena tambah minyak sapi. Tapi kat rumah ni mana la ada stok minyak sapi tu. Makanya, aku gantikan dengan buttercup. Lepas tu, aku masukkan satu sudu makan jintan manis kot, yang wangi tu. Saja la nak bagi kelainan sikit pada rasa maruku ni.
Jangan dikecam kuali yang hitam takde telinga sebelah tu ya. Banyak jasa kuali ni kat aku. Siapa kecam, maknanya hati dia sama hitam macam kuali tu juga. Kah..! Orang dok kongsi fasal maruku, dia sibuk la dok mengecam kuali kita. Memang sah takde kerja nak buat. Heh.
Kali ini, aku main tekan je acuan tu terus kat kuali. Adunan kali ni agak lembik sikit. Kalau aku tekan acuan tu atas loyang, nanti susah nak angkat masukkan dalam kuali sebab dia melekat. Alhamdulillah, aku takde terkena percikan minyak panas.
Aku adun dua peket tepung maruku Baba's ni dulu. Lagipun, botol plastik tak cukup. Nanti buat banyak-banyak, tak tau kat celah mana aku nak simpan.
p/s: Siap sudah kuih raya aku. Rasanya cukuplah empat jenis biskut dan kuih yang aku buat sendiri. Lagipun, aku dah order kuih bahulu dengan kawan.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^