Pages

Saturday, June 9, 2018

Menu berbuka puasa untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa untuk hari ini.

Setakat ini, baru sekali je abang aku beli lauk di bazar ramadan. Itupun sebab aku dah kepenatan balik dari bandar. Tak larat nak masak. Hanya mampu masak nasi je. Makanya, aku suruh la abang aku beli lauk di bazar ramadan tu.




Petang ini, aku cuma masak ayam sambal nenas sahaja. Nenas ni buah dari pokok belakang rumah yang patah tengkuknya hari tu. Sebelum ni aku dah masak lemak cili padi nenas tu dengan udang. Ada baki lagi sikit, tu yang aku masukkan dalam sambal ayam ni. Maka, jadilah dia ayam sambal nenas. Haha.





Pisang masak banyak. Boleh la buat jemput-jemput pisang. Selang tiga hari aku buat jemput-jemput ni. Buat sikit je pun. Buat banyak-banyak nanti takut tak habis makan la pula.




Ikan kembung goreng kicap sahur tadipun ada lagi sekerat. Jangan dibuang. Simpan aje dalam peti sejuk dan panaskan balik semula. Hidup kita ini, jangan suka sangat membazir. Janganlah kita jadi kawan setan. Selagi boleh makan, kita makan aje la.




Buah betik  pemberian jiran. Sedap dan manis rasa betik ni. Alhamdulillah.




Malam tadi, tiba-tiba je teringin makan megi. Cakap kat Omak yang aku nak makan megi. Terus Omak aku cakap; bukan elok makan megi ni. Aku cakap kat Omak, dah enam bulan lebih aku tak makan megi. Ya  la. Megi ni aku beli dari hujung tahun lepas lagi. Satu peket yang lima bungkus tu, satupun tak luak lagi yang menandakan kami kat rumah ni bukannya jenis kaki makan megi. Beli buat stok jika teringin nak makan je.





p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah limpahkan. Biarpun sempoi je namun aku tetap bersyukur.
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^