Pages

Tuesday, September 18, 2018

Kuih cakoi: Cuba buat sendiri.

Assalamu'alaikum.

Kuih cakoi: Cuba buat sendiri.

Abang aku kat rumah ni, suka sangat makan kuih cakoi ni. Asal ada je pekan sehari, mula la dia membeli. Sekali beli, RM2 untuk lima ketul cakoi.


Jadi, akupun cubalah buat sendiri. Cara nak uli doh tu, aku rujuk kat Youtube. Dua hari berturut-turut aku buat. Amekaww.. Makan la puas-puas. Aku makan sikit je sebab tak berapa gemar sangat dengan kuih cakoi ni. 


Image may contain: food and indoor

Image may contain: one or more people, people eating, food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food


3/4 cawan air suam.
2 sudu kecil yis.
2 sudu makan gula pasir.
**Campurkan semua bahan dalam bekas. Kacau sebati dan perap hingga yis kembang/berbuih.

2 cawan tepung gandum.
1 sudu teh garam.
1 1/2 sudu makan minyak jagung/minyak sayur/minyak masak.
**Masukkan semua bahan ke dalam bekas berisi yis tadi dan adun sebati hingga menjadi doh. Cara adun macam buat roti atau pau. Cuma tak perlu beria uli.

Sebelum goreng, tarik dulu doh tu biar panjang sikit sebab doh ni memeri.




Image may contain: food

Image may contain: food





p/s: Pertama kali buat. Skill tak dapat lagi. Yang penting, ada usaha nak buat. Barulah dapat pengalaman. Kan? Abaikan rupa cakoi dan rupa kuali aku tu.   
.

1 comment:

  1. Salam, jemputlah join contest di blog saya ya =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^