Pages

Thursday, October 11, 2018

Bayam brazil: Pertama kali masak.

Assalamuálaikum.

Bayam brazil: Pertama kali masak.


Ini merupakan kali pertama aku petik bayam brazil yang aku tanam di kebun mini aku tu. Jika dah pertama kali petik hasilnya, maknanya pertama kali jugak la aku masak sayur ni.


Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant and food

Image may contain: plant, food and indoor

Image may contain: food
^
Abaikan kuali tu naa.. Jangan pulak sibuk nak membawang pasai kuali rare ceq tu.. 🤭🤭🤭
v
Image may contain: food and indoor

Image may contain: plant and food


Apa rasanya bayam brazil goreng ni? Sedap je. Hahaha. Cuma nak bagitahu yang daun bayam brazil ni agak liat sikit. Jadinya, kena lebihkan sedikit masa menggoreng tu. Lagi satu, jangan ambil batang dia termasuk batang yang ada daun tu sebab batang dia agak keras. Jika nak ambil, ambil batang yang kat bahagian pucuk tu. 


Image may contain: plant, outdoor and nature


Batang bayam brazil tadi jangan terus dibuang ya. Boleh je kita cucukkan balik semula ke tanah yang peroi/lembut yang dibeli di nurseri dan siramlah sepertimana kita siram pokok sayur yang lain. Janganlah hang pi cucuk batang tu kat tanah keghaih kedengkung. Kang hang meroyan pulak kalau dia tak mau hidup. Lepaih tu mula la kalut tanya; awat pokok bayam brazil saya tak nak hidup? Menangih ceq nak jawab. 😭😭😭


p/s: Dah jimat dah duit beli sayur. Jadinya, tunggu apa lagi? Moh la deghaih kita berkebun..!
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^