Assalamuálaikum.
Masak lemak putih pucuk labu dan keledek.
Pucuk labu ni, jiran yang bagi. Dah seminggu duduk dalam peti sejuk. Mujurlah masih elok lagi. Kata jiran, jika takde buah labu, boleh je gu-kan dengan keledek. Lagipun aku takut nak makan labu sebab takut badan aku masuk angin lagi macam hari tu. Makan tiga minggu jugak nak bagi baik tapak kaki aku yang bengkak masuk angin tu. 😭😭😭
Maka, akupun korek la keledek yang aku tanam dalam pasu. Dapat la beberapa ketul. Jadi la tu. Dan, bermulalah sessi masak lemak putih pucuk labu dan keledek ni. Pertama kali jugak aku masak menu macam ni. 🤭🤭🤭
Sebelum tu, aku tanya dulu Omak aku macam mana nak masak lemak pucuk labu ni. Tau sebenarnya tapi saja la nakkan lebih penjelasan.
Pucuk labu tu, kena buang dulu urat pada daun dia. Orang Negeri Sembilan cakap, klenset an ughek ehh. Lepas tu, letak pucuk labu tu pada tapak tangan dan gosok-gosokkan daun tu guna dua tapak tangan. Kiranya nanti daun tu macam bergulung la kesan dari kena gosok tadi. Tujuannya adalah untuk buang bulu-bulu pada daun labu tu. Keledek tu pulak, kena rebus dulu sampai empuk. Jangan terlampau lembik pulak.
^
Ni bahan yang digunakan dalam pembuatan masak lemak pucuk labu dan keledek ni. Masakkan kuahnya dahulu.
v
^
Kuah dah mendidih, masukkan ubi keledek rebus. Kacau sekejap dalam tiga empat minit, masukkan pula pucuk/daun labu tadi. Masukkan garam kasar secukup rasa.
v
Okay, dah siap..! Aku bagi semangkuk kat jiran yang bagi pucuk labu tu. Apa salahnya berbahagi rezeki, kan?
p/s: Alhamdulillah. Licin periuk. 🤗🤗🤗
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^