Assalamu'alaikum.
Buat kek marble secara manual. 😌
Aku bosan..! Sudahnya, akupun main la masak-masak kat dapur aku tu. Dah lama tak buat kek marble ni, kan? Maka, akupun merajinkan jari untuk membuatnya. Last buat kek marble ni awal bulan Oktober hari tu.
Biasanya, aku gunakan samada hand mixer ataupun full mixer untuk putar adunan kek marble ni tapi kali ini, aku sengaja nak cabar diri sendiri dan aku pukul dengan menggunakan whisk.
Kali ni, gigih aku keluarkan bekas adunan kek jenama KRUPS ni sebab semenjak beli, tak pernah gunapun. Aku beli masa zaman aku kerja lagi. Bayangkan dah berapa puluh tahun umur dia. Aku beli dengan bermain kutu dengan kawan-kawan satu kerja.
Lenguh oii tangan dok pukul butter dengan gula tu guna whisk ni. Berat semacam je. Baru kau tau! Haha. Selama ni dok putar guna mixer je. Tapi lama kelamaan, adunanpun jadi ringan. Makin laju la aku dok pukul dorang. Heh.
^
Pukul satu buku butter dan 3/4 cawan gula sampai kembang. Lepas tu, masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
v
Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil teruskan memukul. Telur tu satu cawan. Ikut la berapa bijipun asalkan satu cawan. Cawan yang sama digunakan untuk sukat tepung gandum dan gula.
Terlebih dahulu, ayak 1 3/4 cawan tepung gandum bersama dengan 1 sudu makan baking powder, 2 sudu makan susu tepung dan 1/2 sudu teh garam halus ke dalam bekas dan sebatikan. Kemudian, masukkan campuran ini sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan.
Sampai part masuk tepung gandum tu, tak payah guna whisk dah. Guna je spatula sebab ia sekadar gunakan teknik kaup balik.
^
Lenserkan dahulu loyang dengan butter dan lapikkan dengan baking paper. Aku takde kertas baking tu. Maka, aku gunakan aje kertas A4.
v
^
Hentak-hentakkan loyang supaya adunan sekata. Loreklah ikut suka kita. Kita yang buat dia, kan?
v
Disebabkan soket untuk oven letrik aku masih belum dibaiki, maka akupun bakar la kek marble ni atas dapur gas sahaja. Bawah sekali tu aku letakkan kuali untuk buat kulit popia. Ala, kuali yang tebal tu. Lepas tu, baru aku letakkan loyang berisi adunan kek tadi dan aku tutup dengan penutup oven bulat tu. Oven tu masih lagi elok tapi aku malas nak guna letrik sebab oven bulat ni pun dia punya power tinggi jugak. Aku takut soket lain pulak yang rosak nanti.
^
Biasanya, jika guna oven letrik, masa membakar adalah dalam 45 minit. Namun disebabkan aku bakar atas dapur gas sahaja, maka aku tambah lagi masa untuk membakar tu menjadi satu jam. Lagipun, aku gunakan api yang paling kecil.
v
Tengok meter tu naik. Kalau guna letrik, suhu dia boleh cecah sampai 400.
^
Bahagian bawah dan tepi kek marble aku ni agak garing sedikit tapi tidaklah sampai hangus. Aku bakar lama sikit sebab bahagian tengah kek tu lambat sikit nak masak sedangkan bahagian bawah dan tepi dah lama garing.
v
p/s: Alhamdulillah, jadi jugak kek marble aku walaupun bahagian bawah dan tepi dia sedikit garing.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^