Assalamu'alaikum.
Pengasingan kelas.
Dan ini, aku nak berkongsi cerita sikit. Nak jugak tu ambil bahagian. Nak jugak buat entri berkaitan. Apa salahnya. Tak salah kot berkongsi cerita masing-masing, kan?
Then, akupun bertanyalah fasal ni kat my niece tu. Aku tanya dulu, kenal ke tidak anak kakak tadi? Dia kata, kenal tapi tak rapat sebab budak tu lelaki. Aku tanya lagi, betul ke anak cikgu semuanya duduk barisan depan dalam kelas tu? Kata dia, takde la. Dah anak mak cik tu yang tak nak duduk kat depan. Cikgu dah suruh dah dorang duduk kat depan tapi dorang sendiri yang tak nak. Duduk kat belakang tu asyik main je. Mana nak dengar apa yang cikgu ajar.
Jadinya, salah siapa sekarang ni? Kakak tadi mungkin tak tahu cerita sebenar. Yang dia tahu, menyalahkan guru sahaja. Akupun tak faham kenapa dia suarakan hal tu kat aku dan yang lain-lain? Mungkin sebab abang aku cikgu kat sekolah berkenaan dan anak abang aku tu pulak duduk dalam kelas pandai. Cara dia bercakap tu macam nak lepaskan geram kat abang aku je walhal abang aku bukannya ada kena mengenapun dalam hal yang dia bebelkan tu. Pelik betul.
Aku dulu, masa sekolah menengah, dah merasa dah duduk kelas bawah. Merasa jugak dipandang sinis oleh orang kelas pandai tapi aku make don't know je la. Sehinggalah aku dapat nombor pertama dalam kelas aku dan apabila naik tingkatan, aku dimasukkan ke dalam kelas pandai. Akhirnya, dapat jugak aku masuk kelas pandai tu walaupun pada hakikatnya, aku takde la pandaipun. Hahahaha. Kalau aku pandai, tentu aku dah pegang jawatan besar yang gempak, kan? ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Peliknya, budak yang dalam kelas pandai tu, yang perempuan je yang sinis dan tak nak berkawan dengan kami yang tak pandai ni. Budak lelaki okay je. Sebab tu, lepas je masuk kelas pandai tu, aku baik dengan geng budak lelaki je sebab dorang bukannya jenis perasan bagus macam budak perempuan. Tapi apabila aku baik dengan geng budak lelaki, ada jugak geng perempuan yang jelous. Bongok betul la dorang tu. 😂😂😂 Kau ingat aku ni jenis suka layan cinta monyet? Mak aku dah siap warning dah oii.. Mak kata; kalau nak sekolah, buat cara nak sekolah. Kalau nak menggatal, baik tak payah sekolah! Amekawww..!
p/s: Sekarang ni, my niece tu sedang menduduki SPM. Tolong sama-sama doakan agar dia dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^