Pages

Tuesday, November 6, 2018

Tepung goreng pisang rangup homemade.

Assalamu'alaikum.

Tepung goreng pisang rangup homemade.


Pagi tadi, semasa di pekan sehari, aku beli la tiga sisir pisang kematu. Geram punya fasal. Kenapa geram pulak? Geram la sebab kelmarin aku beli pisang goreng. Seringgit tiga keping. Nipisnya la haiih pisang tu. Gamaknya sebiji pisang tu dibelah tiga. 


Aku baru je goreng pisang kematu tu. Disebabkan tepung goreng pisang dah kehabisan stok, maka akupun mulakan pencarian di facebook. Wah, ramai sungguh orang yang bermurah hati berkongsi resepi homemade tepung goreng pisang ni. Dalam banyak-banyak resepi tu, aku tergerak hati nak pilih yang satu ni. Yang ni mudah je nak buat dan bahannyapun memang ada kat dapur kita. Tak perlu nak pening-pening kepala mencari.




Bahan-bahan dan caranya adalah seperti di bawah. Ni sukatan yang aku adjust sendiri mengikut kuantiti pisang yang aku goreng tu iaitu sepuluh biji. Dalam resepi asal, dinyatakan ada gula pasir tapi aku tak letakpun. Akukan sedang menjauhi gula pasir. 😀😀😀


1 1/2 senduk tepung gandum. (anggaran 1 cawan)
1/2 sudu teh garam halus.
2 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan planta.
Air suam secukupnya.


Bancuhkan semua bahan dengan air suam. Bancuhan tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Agak-agak sendiri la ya. 


Lepas ni dah tak payah gelabah kalau takde tepung goreng pisang untuk menggoreng. Dah boleh buat sendiri dah. Dah boleh berjimat dah. Maklum la, zaman sekarang ni zaman meleset. Semua bajet nak kena catu. ✌✌✌


p/s: Sila klik di sini untuk tengok video cara bancuhan tepung tu ya. Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki anda.
.

2 comments:

  1. Resepi kak pula campuran tepung beras dan gandum. Minyak masak, air kapur dan garam. Secubit kunyit sebagai pewarna. Kalau tak suka minyak masak blh ganti planta. Garing krup krup.

    ReplyDelete
  2. Normala Saad:

    Wah, terima kasih kak share resepi. Nanti saya nak cuba buat. Yang penting, tak payah dah beli tepung readymade tu. Jimat sikit bajet dapr.:D

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^