Assalamu'alaikum.
Ziarah orang sakit.
Petang Isnin hari tu, aku ke hospital Kuala Lipis bersama dengan dua orang jiran untuk menziarah seorang jiran yang sakit. Jiran tu ditempatkan di wad dalam hospital baru. Wad tu nampak selesa jika nak dibandingkan dengan wad di hospital (bangunan) lama. Alhamdulillah.
Janji dengan jiran, nak pergi pukul 3.30 petang. Aku ni, pukul tiga lagi dah siap dah. Maklumlah, tumpang naik kereta orang, kenalah siap awal. Tup-tup, pukul empat kot baru jiran tu datang ambil aku kat rumah. Sepanjang jalan hujan je. Mujurlah masa tiba di hospital, hujan dah mulai reda.
Anak jiran yang jadi pemandu, tidak ikut naik ke wad. Mungkin dia segan sebab dia seorang je lelaki. Maka, kami bertigapun naik la. Satu hal pulak sebab kena guna lif. Ada je tangga kat sebelah lif tu tapi takkan la nak bawak makcik dua orang tu naik tangga, kan? Nak naik lif ni, akupun tak pandai. Hahaha. Maklum la, mana pernah aku naik lif dengan bawak orang lain. Selalunya, aku yang ikut orang. Cuak tu jangan cakap la tapi aku cuba untuk tidak gabra. Cool bebeh..! Kononnya la tapi dalam hati, berdebar jugak ni. 😁😁😁
Sudahnya, tawakal je la. Nak tekan button tutup atau tahan pintu lif jangan bagi tutup tu pun aku tak tahu weii.. Makcik dua orang tu lagi la tak tahu. 😅😅😅. Kitorangpun apa lagi, pakat la dok gelak sakan. Memang macam rusa masuk kampung sungguh aihh..! Akhirnya, jumpa juga katil jiran yang sakit tu. Itupun jenuh jugak menanya nurse yang bertugas.
Selesai jumpa jiran tu, satu hal lagi nak turun balik. Syukurlah jumpa seorang gadis yang baru keluar dari lif. Akupun tanya la kat dia mana fungsi button yang ada kat dalam lif tu. Lepas tu, aku tanya lagi, button kuning ni untuk apa? Dia cakap, itu untuk kecemasan. Akupun pakat gelak je la. Aku cakap, mujurlah akak tak tekan tadi. Kalau tak, mau kecoh hospital ni. Minah tu gelak je dengar cerita aku.
Lepas tu, dia kata, jangan tekan nombor satu sebab situ tempat simpan mayat. Gulp! Mujurlah dia bagitahu. Katanya, tekan nombor tiga je sebab sampai situ je parasnya. Kiranya hospital baru ni ada enam tingkat la. Akhir sekali, aku ucap la terima kasih banyak-banyak kat dia. Orang dah berbudi kat kita, takkan kita nak berkurang ajar pulak, kan?
Masa nak masuk dalam lif untuk turun tu, masuk jugak satu keluarga ni. Maka, bercerita la sesama kami fasal isu lif tadi. Orang tu pun ada pengalaman jugak. Dia tekan button nombor satu dan apabila pintu lif terbuka je, diapun pelik sebab terhidu bau kapur barus. Seram aiihh..! Akupun buat la lawak bodoh. Aku cakap, mujur takde pocong tunggu depan lif tu. Pakat gelak je la memasing. 😂😂😂
p/s: Malu bertanya, sesat jalan. Setiap kejadian yang berlaku, boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman.
.
Kalau sorang2 naik lif pun takut. Rasa semacam saja.
ReplyDelete