Assalamu'alaikum.
Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂
Dah lebih dua minggu berlalu, baru nak update kisah ini. Heh. Saja la nak letak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Dah namanya blog peribadi, kan? Lainlah jika namanya blog rahsia. Kalau dah rahsia, takde la nak kongsi cerita kat sini. 😁
Ni la namanya, takdo kojo, caghi kojo. Dah ado kojo, mulo la mombebel tak kigho maso. Haha. Apa tidaknya, mengemas bilik jahit yang sekangkang tikus ni pun ambil masa tiga hari nak selesaikan. Teruk bebeno gamaknya ya. Macam dah bertahun tak mengemas. Kah..!
Sebenarnya, saja je nak ubah suai bilik ni. Maka, kenalah kemas dan ubah susun atur serta buang mana yang tak perlu. Maklumlah, banyak sangat benda yang ada rasa sayang nak buang. Tu yang buatkan bilik nampak sesak. Kali ini, takde dah nak sayang-sayang. Jika rasa tak perlu, kasi buang je terus. Sumbat je terus dalam plastik sampah besar tu. Jangan nak pandang dan jeling-jeling lagi dah. Kang makin dipandang, makin dijeling, timbul balik rasa sayang tu. Masak la kalau macam tu. Hahaha.
Dalam dok sibuk mengemas, sempat pulak tu pi susun koleksi novel dan majalah yang ada. Siap boleh ambil gambar lagi. Manalah kerja nak selesai dengan cepat. Hehe.
Dalam pada tu, sempat jugak aku ke bandar dan sangkut la pulak pada satu almari ni. Memandangkan bilik aku ni takde almari dan akupun dah bertahun tak membeli perabot, maka akupun belilah almari ni dan letakkan dalam bilik aku tu. Boleh la aku sumbat segala jenis barang kat dalam tu. Takde la nampak sesak sangat.
Akhirnya, siap jugak aku mengemas. Masih ada sikit-sikit lagi yang nak kena kemaskan tapi takpe la, yang tu biarlah dahulu. Sekurang-kurangnya, nampak luas la sikit bilik jahit aku ni selepas letak semua barang dalam almari. Berbaloi la rabak RM500 untuk almari tu. Heh.
Walaupun bilik jahit ni kecil dan penuh dengan barang, namun aku tetap bersyukur sebab kat sinilah aku cari rezeki untuk buat kerja jahit-menjahit aku tu. Sebenarnya, bilik jahit aku ni asalnya dari garaj kereta. Kesian, kan? Dari garaj kereta, dijadikan bilik. Bukan sekadar bilik jahit tapi jadi bilik lepak dan bilik tidur jugak. Lagi-lagi kalau ramai yang balik ke rumah ni. Memang penuh la bilik ni.
p/s: Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^