Pages

Sunday, December 16, 2018

Tambah lagi tempat untuk tanam sayur.

Assalamu'alaikum.

Tambah lagi tempat untuk tanam sayur.


Beberapa hari lepas, aku buat lagi tempat untuk aku jadikan port untuk aku tanam sayur. Aku sekadar susun je bata merah tu. Aku tak simenpun sebab nanti senang nak punggah balik. Mana la tahu jika hati dah jemu, kan? 


Bata merah tu aku beli dari jiran. Dia baru siap buat tembok dan bata tu ada lebih. Kiranya dia tolak kat aku la. Aku beli seratus ketul (?) bata tu. Satu ketul harga yang jiran tu jual adalah 40 sen. Maknanya, seratus ketul harga dia RM40. Tapi jiran aku tu kira RM38 je sebab ada bata yang dah sompek dan sememeh dengan simen. 




Jenuh la nak penuhkan kawasan tu. Aku baru masukkan tiga kampit besar tanah kat situ. Nak beli tanah, kenalah kumpul bajet dahulu, kan? Kalau boleh, aku nak gunakan tanah yang elok supaya di kemudian hari tak timbul masalah. Tu yang kena beli tanah dari nurseri. Tanah sawit ada je jual kat sini tapi aku serik dah nak beli. Takut terkena tanah yang keras atau banyak ulat perosak yang makan akar pokok. 





Sedang dok ralit susun bata, terbau la satu bauan yang sangat wangi. Kembang kempis la jugak hidung yang sedia kembang ni mencari dari mana datangnya bau wangi tu. Rupanya, orkid hutan aku ni dah berbunga. Tak perasan pulak bila masa dia keluar bunga. Tau-tau bau wangi je. Macam ni la bagus, kan? Maksudnya, dia keluarkan hasil dalam senyap. Heh.




Pegaga tu sebagai hiasan je tapi boleh je kalau nak makan samada buat ulam ataupun dimasak. Cumanya, dia agak liat la sikit. Aku kalau nak makan pegaga ni, aku ambil daun muda yang pokoknya aku tanam kat sebelah dapur. Sedap sebab lembut. Muda la katakan.😁




p/s: Terapi jugak ni. Heh.
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^