Pages

Saturday, February 23, 2019

Ikan kenerak masak tempoyak.

Assalamu'alaikum.

Ikan kenerak masak tempoyak.


Seumur hidup, aku tak pernah tengok ikan kenerak ni. Nama ikan tu pun aku baru tahu. Haha. 





Ikan kenerak ni, adik aku dapat masa dia memancing di sungai. Besar ikannya. Jenuh aku menyiang lagi-lagi tang kepala dia tu. Aku tak tahu nak masak apa. Adik aku suruh masak tempoyak je. Akupun bukannya pandai sangat masak tempoyak macam ni tapi bantai aje la buat. Heh.







Kawan aku, orang Pahang jati kata, ikan kenerak ni sedap buat masak asam rong. Aku ni, masak asam rong tu lagi la aku tak tahu. Tak pernah tengok dan tak pernah makan.


p/s: Okay, dah boleh delete gambar dalam folder sebab dah pindahkan masuk ke dalam blog. Heh.
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^