Pages

Friday, February 22, 2019

Kuih gulung bercorak.

Assalamu'alaikum.

Kuih gulung bercorak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya juga aku buat kuih gulung bercorak ni. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba buat tapi rasa tak berani tu asyik la datang mengacau. Tu yang manjang tertangguh tu.




Kuih gulung aku kali ni takde gunakan sukatan khas. Aku hanya main agak-agak je. Bahan yang aku gunakan cuma tepung gandum, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit (optional), sebiji telur, sedikit minyak masak dan air. Godek-godek guna whisk. Bancuhan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sebab tu aku kata agak-agak je. Kuali non stick tu, kali pertama je sapukan dengan sedikit minyak. Lepas tu, tak payah letak minyak dah sebab dalam bancuhan tu dah letak minyak.




Aku ingatkan susah sangat nak buat corak pada kuih gulung atau kuih ketayap tu. Rupanya senang je labu oii...! Aku sekadar ambil sesenduk dari bancuhan asal dan aku titikkan setitik pewarna merah. Kacau la bagi sebati. Letak sikit minyak dulu dalam kuali non stik. Lepas tu, ikut suka kita la nak buat corak macam mana. Sebelum corak tu garing, tuangkan pula bancuhan yang asal dan buatlah macam biasa. 




Abaikan gulungan yang tak kemas tu. Dan abaikan juga kuih yang gemok-gemok tu. Macam mana tuan yang buat, macam tu la kejadian kuih tu. Haha. Yang penting, makan tiga ketul je dah kenyang sekejap. Kenyang lima belas minit je lepas tu lapar balik. Kah..!





Aku selalu tengok Kak Pah buat kuih ketayap bercorak ni. Dari dahulu lagi aku suka tengok hasil yang Kak Pah buat. Sangat halus dan berseni. Jauh betul beza kuih gulung Kak Pah dengan kuih gulung aku. Ibarat langit dan bumi. Haha. Tapi takpe, at least Kak Pah dah beri satu inspirasi kat aku. Terima kasih Kak Pah.


p/s: Tak cuba, tak tahu, kan? Lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung. Nak takut apa? Kalau corak tu tak jadi, kuih tetap boleh dimakan. Heh.
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^