Pages

Tuesday, April 30, 2019

Tukang jahit memang kena banyak fikir.

Assalamu'alaikum.

Tukang jahit memang kena banyak fikir. 


Siapa kata jadi tukang jahit ni mudah? Siapa kata orang yang jadi tukang jahit ni rata-rata tak cerdik? Amboi.. Amboi.. Amboi... Sedapnya mengata orang, kan...


Ramai je yang kata macam tu. Hakikatnya, mereka hanya pandai mengata tapi tidak pandai nak buat baju hatta nak jahit lurus kain batikpun mereka terkial-kial. Heh.


Ni aku nak kongsikan pengalaman aku buat baju yang kainnya tidak cukup. Pening kepala tapi ini adalah satu cabaran untuk aku. Yakin boleh..! Buat-buat yakinpun takpe aiihh.. Hahaha..





























Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak perlulah nak mendabik dada jika ada kelebihan dan tak perlu nak malu jika ada kekurangan. Yang penting, raikan setiap kelebihan dan kekurangan itu dengan positif.


p/s: Siapa yang tempah jahit baju kat mana-mana tu, jika baju dah siap, tolonglah bayar ya. Kesian la pada tukang jahit yang dah bertungkus lumus jahitkan baju korang tapi korang tak bayarpun harga upah jahit baju tu. Baju dah naik lusuh tapi upah jahit tak dibayar. Tak malu ke? 
.

2 comments:

  1. Baju raya ke tu, kak?
    Pening jadi tukang jahit ni kan...belum campur orang hantar kain yang designnya berkaki dan pelik-pelik tu. Susah juga nak potong kan

    ReplyDelete
  2. Musim raya ni mesti busy sakan. Kiranya lepas sahur dah tak tidor dah. Terus menjahit sampai kesiang.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^