Pages

Saturday, May 4, 2019

Jubah tak cukup kain?

Assalamu'alaikum.

Jubah tak cukup kain?


Inilah yang jadi apabila kain untuk buat jubah tidak mencukupi. Kain hanya ada tiga meter sahaja. Setelah puas dipusing sana-sini, maka beginilah yang jadi. Dah tak boleh nak buat apa dah. Kena la akur pada ketidakcukupan kain tersebut.


Sebaiknya, belilah kain empat meter untuk buat jubah bagi badan bersaiz XXL. Janganlah beli kain yang ngam-ngam sahaja. Lagi satu, elakkan beli kain yang ada label atau tulisan di tepi kain tu. Tulisan tu aje dah makan kain dah. Paling tidakpun, dah kurang satu inci malah ada yang makan lebih dari seinci. Dah banyak rugi kat situ aje.










p/s: Dah jadi baju, pakai aje la, kan? Nak malu apa ada label semua tu? Anggap aje orang yang pakai baju tu sedang mempromosi label tu. Heh.
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^