Pages

Saturday, October 5, 2019

Syukur alhamdulillah.

Assalamu'alaikum.

Syukur alhamdulillah.


Dalam post aku yang ini, ada aku ceritakan kenapa dan mengapa. Tapi, pagi tadi aku diuji lagi. Allahu. Mujurlah aku tidak cepat panik. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang menajamkan pendengaran dan penglihatan.


Al-kisahnya, pagi tadi, aku ke kawasan ini sebab nak periksa sama ada masih ada lagi kucing yang membuang kat situ. Sebab, semalam punya la banyak longgokan yang dikambus. Maka, akupun terus la pacakkan dawai mata punai ni untuk buat pagar.





Masa aku dok capai buluh kat tanah kat sebelah pokok asparagus tu sebab nak kuis tanah, tiba-tiba telinga aku mendengar satu bunyi. Dan akupun berkalih la pandang arah datangnya bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya aku sebab aku tengok seekor ular hitam sedang mula keluar dari celah batu kat sudut tepi tangga batu tu (tak nampak tangga tu dalam gambar di bawah).




Akupun mula la panggil abang aku yang sedang layan movie. Aku kata ada ular. Terus dia bangun dan tanya, mana dia? Akupun tunjuk la dan ular tu dah mula menjalar keluar nak naik ke tembok batu tu. Aku suruh abang aku ambil Ridsect tapi diambilnya Shieldtox. 🙄🙄
🙄 


Aku sembur la Shieldtox tu ke arah ular tu. Takde kesan apapun dan ular tu terus bergerak ke depan. Abang aku pulak dah pegang kayu dah tapi dok la teragak-agak nak ketuk ular tu. 😳😳😳 Sudahnya, ular tu pun naik ke tembok dan pergi ke rumah sebelah. Dah la rumah sebelah tu pokok nenas dia merimbun dan lalang dah meninggi sampai terjulur keluar pagar dan masuk kawasan rumah aku. Maka, akan teringat-ingat la aku pada si hitam tu. Stress...!


Dua kali aku jumpa sarung kulit ular di kawasan pokok asparagus ni dan kali ini, aku jumpa ular tu depan mata. Gamaknya, ular memang suka duduk kat pokok asparagus ke? Ni yang buat aku takut nak dekat ni. 😭😭😭



Selalunya, ada je geng bulus dok main kat kawasan ni tapi pagi tadi, dorang takde la pulak. Mungkin sebab tu si panjang tu berani keluar.


Budak ni nak berak kat dalam kawasan berpagar tu tapi disebabkan aku dah pagar, maka tak jadi la dia nak membuang di situ. Silalah pi berak kat tempat lain ya.. Haha.




p/s: Aku dah letak buluh yang panjang kat kawasan ni sebagai langkah berjaga-jaga.
.

3 comments:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^