Assalamu'alaikum.
Pisang kaki.
Aku tak pernah makan pisang kaki ni. Tak tahu rasa dia macam mana. Selalu tengok gambar je.
Hari Selasa baru ni, masa aku di pekan sehari, aku nampak la buah ni. Akupun beli la satu longgok. Ada 4 biji dalam satu longgok tu. Harga dia, RM5. Tapi memandangkan hari tu, penjual tu jual tiga longgok dengan harga RM10, tu yang aku beli. Boleh campur-campur nak buah apa.
Sebelum tu, aku tanya dulu penjual tu, apa rasa pisang kaki ni? Dia kata, diapun susah nak jawab tapi isinya manis lemak-lemak. Kalau yang belum ranum, dia macam rangup-rangup sikit la. Itu kata si penjual.
Balik rumah, aku cuba la potong sebiji yang agak kuning sedikit (tiada dalam gambar). Masa tu, aku tak tahu nak makan macam mana. Kulit dia tu nak buang atau tidak? Ke, makan je macam tu seperti buah epal? Lupa pulak nak tanya pada si penjual. Sudahnya, aku potong je dan makan je macam tu. Sudah tentulah aku basuh dulu buah tu. Isshhh....
Memang rangup! Dan sedap jugak serta bau dia sedikit wangi. Cuba cium kat kelopak tangkai dia tu. Cuma, ia tidaklah begitu manis melecaih. Mungkin sebab belum masak betul-betul.
.
Tak sila saya rasa macam buah plum. Saya lama tak makan buah ni.
ReplyDeleteSaya suka buah pisang kaki ni. Saya akan pilih yang dah lembik sikit sebab lebih manis. Boleh makan dengan kulit tapi saya kurang suka sebab kulit dia masam dan keras. Potong masuk peti sejuk dulu, baru makan.
ReplyDelete