Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 21, 2019

Pisang kaki..

Assalamu'alaikum.

Pisang kaki.


Aku tak pernah makan pisang kaki ni. Tak tahu rasa dia macam mana. Selalu tengok gambar je. 


Hari Selasa baru ni, masa aku di pekan sehari, aku nampak la buah ni. Akupun beli la satu longgok. Ada 4 biji dalam satu longgok tu. Harga dia, RM5. Tapi memandangkan hari tu, penjual tu jual tiga longgok dengan harga RM10, tu yang aku beli. Boleh campur-campur nak buah apa.


Sebelum tu, aku tanya dulu penjual tu, apa rasa pisang kaki ni? Dia kata, diapun susah nak jawab tapi isinya manis lemak-lemak. Kalau yang belum ranum, dia macam rangup-rangup sikit la. Itu kata si penjual.


Balik rumah, aku cuba la potong sebiji yang agak kuning sedikit (tiada dalam gambar). Masa tu, aku tak tahu nak makan macam mana. Kulit dia tu nak buang atau tidak? Ke, makan je macam tu seperti buah epal? Lupa pulak nak tanya pada si penjual. Sudahnya, aku potong je dan makan je macam tu. Sudah tentulah aku basuh dulu buah tu. Isshhh....




Memang rangup! Dan sedap jugak serta bau dia sedikit wangi. Cuba cium kat kelopak tangkai dia tu. Cuma, ia tidaklah begitu manis melecaih. Mungkin sebab belum masak betul-betul.


p/s: Sekali tengok, dah macam buah tomato pulak. Besarpun lebih kurang saiz buah tomato.
.

2 Tukang Tembak:

NA said...

Tak sila saya rasa macam buah plum. Saya lama tak makan buah ni.

Orchid Puteh said...

Saya suka buah pisang kaki ni. Saya akan pilih yang dah lembik sikit sebab lebih manis. Boleh makan dengan kulit tapi saya kurang suka sebab kulit dia masam dan keras. Potong masuk peti sejuk dulu, baru makan.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)