Pages

Wednesday, December 18, 2019

Resepi Apam Nasi: Sila jangan gelak tengok gambar apam yang pertama tu. 😁

Assalamu'alaikum.

Resepi Apam Nasi: Sila jangan gelak tengok gambar apam yang pertama tu. 😁


Dua tiga hari ni, mood aku asyik nak main masak-masak je. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab setiap hari hujan yang membuatkan perut aku sentiasa lapar. Atau mungkin juga sebab aku dah lama sangat tak buat kuih-muih macam ni. Jadinya, sementara mood tengah baik ni, eloklah aku cuba gunakan segala resepi yang aku dapat dari satu grup masakan di facebook. Tapi bukan grup MAHN ya. 😊


Hari Ahad lepas (15/12), aku cuba buat apam balik. Okay la walaupun tak menjadi seratus peratus macam apam balik yang dijual di pasar malam tu. Semalamnya pulak (17/12), aku cuba pulak buat kuih lompang. Alhamdulillah, kali ni menjadi dan sedap. Dan boleh repeat buat lagi kuih lompang tu. Dan hari ini, aku cuba pulak buat kuih apam nasi. Semua resepi ni aku ambil dari grup ini. Terima kasih pada semua yang ikhlas berkongsi ilmu masakan. Alhamdulillah.



 Mula-mula aku letak kat tengah bekas perapan tu tapi dia punya proses pengembangan tu lambat sangat. Ingatkan yis dah rosak tapi tengok macam ada tindak balas. Lepas tu, aku rapatkan bekas perapan tu dengan bahagian sisi peti ais. Ni bahagian sisi untuk tempat beku tu. Sekejap je dia dah kembang elok macam gambar di bawah. 




 Mula-mula, aku panaskan acuan macam yang aku buat masa buat kuih lompang hari tu.  


^
Adunan tu mula-mula aku isi 3/4 acuan je sebab aku takut nanti dia melimpah masa proses mengukus. Aku gunakan api besar. Tapi apabila masak, adunan tu dok macam tu je tak naik. Ahh, sudah. Kenapa jadi macam ni. Haha.
v


Setelah dicungkil keluar, ni la rupanya apam nasi aku tu. Kahkahkah. Pasai apa hang dok mendap lagu tu.. Sakit perut aku dok gelak. 😂😂😂




Tapi, aku makan jugak sampai habis satu kukusan tu aku bedal sorang. Nampak tak dia punya sedap tu macam mana. Haha. Biar buruk rupa asalkan rasa dia mabeles. Hehe.





Kita belajar dari pengalaman, kan? Maka, untuk kukusan yang kedua, aku isi penuh adunan tu dalam acuan dan aku tidak lagi panaskan acuan tu dulu. Aku terus je kukus. Tapi acuan tu aku sapu jugak dengan minyak masak untuk elakkan dia melekat teruk. Masa ni aku aku dah tak gunakan api besar dah. Aku gunakan api sederhana je.





Nampak tak hasilnya? Apam tu nampak okay tapi masih lagi tak cantik. Mungkin sebab aku gunakan api yang sederhana besar. Tu yang menyebabkan bahagian tengah apam tu mendap. Tapi ada la perubahan dari kukusan yang pertama tadi. Kan?




Jadinya, untuk kukusan yang terakhir, aku isi penuh jugak macam kukusan yang kedua tadi. Kali ni aku gunakan api besar. Dalam hati dok berdoa jugak. Harapnya, elok la naik apam aku tu. Fuhh... ! Fuhh..! Fuuuhh...!! Hahaha.





Dan...

Taraaaa...........!!! 

Tara kuca ca... Tara ku ca.. Hahaha.








Alhamdulillah. Akhirnya apam nasi aku elok naik dan kembang. Seronoknya macam nak buat live je kat facebook. Kahkahkah. 


Okay, kat bawah ni, aku kongsikan resepi apam nasi tu. Aku olah sikit bab air tu.


Apam nasi:
(Jika nak buat banyak, boleh gandakan sukatan bahan).

1 cawan nasi.
1 cawan tepung beras.
1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula.
1 1/2 cawan air - aku gunakan 1 3/4 cawan air suam sebab nak hidupkan yis tu.
1 sudu teh sirap ros atau pewarna merah.
1 sudu makan yis mauripan.
Kelapa parut + garam untuk diletakkan atas apam.


1- Kisar semua bahan di atas dengan air suam kecuali yis dan sirap. Lepas tu, masukkan dalam bekas dan masukkan yis yang aktif dan sirap ros. Kacau sebati, tutup bekas tu dan perap dalam masa sejam atau sehingga adunan betul-betul kembang. Aku rapatkan bekas perapan tu dengan sisi peti ais. Sekejap je dia dah kembang sebab sisi peti ais pada bahagian beku tu panas. (Boleh tengok pada gambar di atas).

2- Apabila adunan dah kembang, bolehlah panaskan pengukus. Sementara tunggu air tu mendidih, sapukan sedikit minyak pada acuan.

3- Tuangkan adunan ke dalam acuan. Tuang penuh sebab kalau tuang separuh, nanti adunan tu dok gitu je macam gambar yang kat atas tu. Tuang penuh sebab adunan tu dah betul-betul kembang dan dia tak akan melimpah dah masa kita kukus dia.

4- Kukus dengan api yang besar sampai adunan tu masak. Nak tau dah masak, cucuk dengan hujung lidi. Jika lidi tu bersih, maka dah masak la apam tu. Aku tak tengok masa sebab kadang-kadang masa tu tak menentu. Cuma anggaran masa tu dalam 10-15 minit ataupun lebih sikit bergantung pada api dapur masing-masing.

5- Dah masak, angkat dan tunggu sejuk. Dah sejuk, boleh la umpil keluar apam tu dan taburkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam halus.


p/s: Boleh repeat buat apam nasi ni sebab rasa dia memang sedap. Dia gebu, lembut dan manisnya sedang elok je. Terima kasih pada tuan punya resepi iaitu Ieza Mieza. Boleh tengok post tu kat grup ni. 
.

1 comment:

  1. Usaha tangga kejayaan. Hehe gigih. Alhamdulillah.
    Saya pun kalau ada mood rajin masak.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^