Pages

Monday, December 30, 2019

Cuci mata sat naa...

Assalamu'alaikum.

Cuci mata sat naa...


Takde idea nak cerita fasal apa. Maka, aku share aje la gambar-gambar ni. Lepas tu, dah boleh delete gambar dalam folder laptop. Kah..!



















p/s: Tak minat nak share fasal gosip selebriti atau cerita viral yang tak memberi faedah. Kang tak memasal ada yang membawang. Dah la harga bawang makin mahal. Ehh...!
.

Friday, December 20, 2019

Resepi kuih lapis.

Assalamu'alaikum.


Resepi kuih lapis.


Petang ini, aku merajinkan jari jemari untuk buat kuih lapis pulak. Resepi masih lagi diambil dari grup ini.


Resepi kuih lapis:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir - aku guna 3/4 cawan gula. Dah elok manis dah.
1 cawan santan pekat**
3 cawan air**
Sedikit garam
Sedikit perisa sirap rose

** Aku gunakan 4 cawan santan terus dari sebiji kelapa.





Cara buat kuih lapis.

1- Satukan semua bahan. Kacau dengan whisk bagi sebati. Kemudian tapis ke dalam periuk.

2- Masak sekejap dalam 3 minit je sambil kacau. Guna api kecil je.

3- Lepas tu, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan perisa sirap rose.

4- Panaskan air kukusan. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak. Dan kukus sekejap loyang kosong tu.

5- Tuangkan bancuhan yang pertama. Ikutlah nak tuang bahagian yang mana dulu. Kukus dalam 5-8 minit dengan api besar.

6- Lepas tu, tuangkan bancuhan yang berikutnya. Buat sehingga habis.

7- Lagi 5 minit nak tutup api, buka tutup kukus tu. Dah sampai 5 minit, baru tutup api dapur.







p/s: Terima kasih pada mereka yang rajin dan ikhlas berkongsi resepi. Moga Allah murahkan lagi rezeki anda dan keluarga. Aamiin.
.

Wednesday, December 18, 2019

Resepi Apam Nasi: Sila jangan gelak tengok gambar apam yang pertama tu. 😁

Assalamu'alaikum.

Resepi Apam Nasi: Sila jangan gelak tengok gambar apam yang pertama tu. 😁


Dua tiga hari ni, mood aku asyik nak main masak-masak je. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab setiap hari hujan yang membuatkan perut aku sentiasa lapar. Atau mungkin juga sebab aku dah lama sangat tak buat kuih-muih macam ni. Jadinya, sementara mood tengah baik ni, eloklah aku cuba gunakan segala resepi yang aku dapat dari satu grup masakan di facebook. Tapi bukan grup MAHN ya. 😊


Hari Ahad lepas (15/12), aku cuba buat apam balik. Okay la walaupun tak menjadi seratus peratus macam apam balik yang dijual di pasar malam tu. Semalamnya pulak (17/12), aku cuba pulak buat kuih lompang. Alhamdulillah, kali ni menjadi dan sedap. Dan boleh repeat buat lagi kuih lompang tu. Dan hari ini, aku cuba pulak buat kuih apam nasi. Semua resepi ni aku ambil dari grup ini. Terima kasih pada semua yang ikhlas berkongsi ilmu masakan. Alhamdulillah.



 Mula-mula aku letak kat tengah bekas perapan tu tapi dia punya proses pengembangan tu lambat sangat. Ingatkan yis dah rosak tapi tengok macam ada tindak balas. Lepas tu, aku rapatkan bekas perapan tu dengan bahagian sisi peti ais. Ni bahagian sisi untuk tempat beku tu. Sekejap je dia dah kembang elok macam gambar di bawah. 




 Mula-mula, aku panaskan acuan macam yang aku buat masa buat kuih lompang hari tu.  


^
Adunan tu mula-mula aku isi 3/4 acuan je sebab aku takut nanti dia melimpah masa proses mengukus. Aku gunakan api besar. Tapi apabila masak, adunan tu dok macam tu je tak naik. Ahh, sudah. Kenapa jadi macam ni. Haha.
v


Setelah dicungkil keluar, ni la rupanya apam nasi aku tu. Kahkahkah. Pasai apa hang dok mendap lagu tu.. Sakit perut aku dok gelak. 😂😂😂




Tapi, aku makan jugak sampai habis satu kukusan tu aku bedal sorang. Nampak tak dia punya sedap tu macam mana. Haha. Biar buruk rupa asalkan rasa dia mabeles. Hehe.





Kita belajar dari pengalaman, kan? Maka, untuk kukusan yang kedua, aku isi penuh adunan tu dalam acuan dan aku tidak lagi panaskan acuan tu dulu. Aku terus je kukus. Tapi acuan tu aku sapu jugak dengan minyak masak untuk elakkan dia melekat teruk. Masa ni aku aku dah tak gunakan api besar dah. Aku gunakan api sederhana je.





Nampak tak hasilnya? Apam tu nampak okay tapi masih lagi tak cantik. Mungkin sebab aku gunakan api yang sederhana besar. Tu yang menyebabkan bahagian tengah apam tu mendap. Tapi ada la perubahan dari kukusan yang pertama tadi. Kan?




Jadinya, untuk kukusan yang terakhir, aku isi penuh jugak macam kukusan yang kedua tadi. Kali ni aku gunakan api besar. Dalam hati dok berdoa jugak. Harapnya, elok la naik apam aku tu. Fuhh... ! Fuhh..! Fuuuhh...!! Hahaha.





Dan...

Taraaaa...........!!! 

Tara kuca ca... Tara ku ca.. Hahaha.








Alhamdulillah. Akhirnya apam nasi aku elok naik dan kembang. Seronoknya macam nak buat live je kat facebook. Kahkahkah. 


Okay, kat bawah ni, aku kongsikan resepi apam nasi tu. Aku olah sikit bab air tu.


Apam nasi:
(Jika nak buat banyak, boleh gandakan sukatan bahan).

1 cawan nasi.
1 cawan tepung beras.
1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula.
1 1/2 cawan air - aku gunakan 1 3/4 cawan air suam sebab nak hidupkan yis tu.
1 sudu teh sirap ros atau pewarna merah.
1 sudu makan yis mauripan.
Kelapa parut + garam untuk diletakkan atas apam.


1- Kisar semua bahan di atas dengan air suam kecuali yis dan sirap. Lepas tu, masukkan dalam bekas dan masukkan yis yang aktif dan sirap ros. Kacau sebati, tutup bekas tu dan perap dalam masa sejam atau sehingga adunan betul-betul kembang. Aku rapatkan bekas perapan tu dengan sisi peti ais. Sekejap je dia dah kembang sebab sisi peti ais pada bahagian beku tu panas. (Boleh tengok pada gambar di atas).

2- Apabila adunan dah kembang, bolehlah panaskan pengukus. Sementara tunggu air tu mendidih, sapukan sedikit minyak pada acuan.

3- Tuangkan adunan ke dalam acuan. Tuang penuh sebab kalau tuang separuh, nanti adunan tu dok gitu je macam gambar yang kat atas tu. Tuang penuh sebab adunan tu dah betul-betul kembang dan dia tak akan melimpah dah masa kita kukus dia.

4- Kukus dengan api yang besar sampai adunan tu masak. Nak tau dah masak, cucuk dengan hujung lidi. Jika lidi tu bersih, maka dah masak la apam tu. Aku tak tengok masa sebab kadang-kadang masa tu tak menentu. Cuma anggaran masa tu dalam 10-15 minit ataupun lebih sikit bergantung pada api dapur masing-masing.

5- Dah masak, angkat dan tunggu sejuk. Dah sejuk, boleh la umpil keluar apam tu dan taburkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam halus.


p/s: Boleh repeat buat apam nasi ni sebab rasa dia memang sedap. Dia gebu, lembut dan manisnya sedang elok je. Terima kasih pada tuan punya resepi iaitu Ieza Mieza. Boleh tengok post tu kat grup ni. 
.

Tuesday, December 17, 2019

DIY: Buat sendiri tote bag dari kaki seluar jeans yang dipotong.

Assalamu'alaikum.


DIY: Buat sendiri tote bag dari kaki seluar jeans yang dipotong.


Alhamdulillah. Buat masa ni, jahitan aku dah aku selesaikan. Maka, untuk waktu selingan, akupun merajinkan jari untuk buat beg dari kaki seluar jeans ni.


Al-kisahnya, adik aku suruh potong kaki seluar jeans dia tu. Lepas dah siap jahit semua, tiba-tiba aku terfikir nak jadikan kaki seluar tu sebagai tote bag. Maka, bermulalah episod menjahit beg tu pulak.










Okay, siap dah tiga helai tote beg yang comel macam orang yang jahit. Hahaha. Boleh la aku melaram nanti. Jimat oii. 


p/s: Beg mahal ke, beg murah ke, kalau dalam beg tu takde duit, tak jadi apa jugak. Kah..!
.

Friday, December 6, 2019

DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.

Assalamu'alaikum.


DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.


Sebagai tukang jahit, ada masanya rasa bosan tu datang jugak. Lagi-lagi bila dok jahit benda yang sama je. Jadinya, untuk menghilangkan rasa bosan tu, kenalah buat acara selingan. Haha.


So, acara selingan aku adalah buat getah ikat rambut ni. Tengok gambar ya.









Mula-mula tu nak buat tiga getah rambut je. Lepas tu, rasa seronok la pulak. Haha. Gigih pergi selongkar plastik kain perca. Maka, inilah hasilnya. Jimat banyak oii.. Tak payah dah beli getah ikat rambut ni lagi. Sedap pakai getah ni sebab dia kejap dan ketat. 





Ehh, makin banyak la pulak. Kau beranak ke apa ni? Hahahaha.




Terima kasih pada mereka yang rajin berkongsi ilmu. Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk anda semua. Aamiin.


Aku juga ada kongsikan album ni dalam satu grup di facebook. Sila la klik. Haha.


p/s: Media sosial ni, jika perkara baik yang kita cari, maka yang baiklah yang kita dapat. Tapi jika perkara tak elok yang kita cari, maka itulah yang kita jumpa. Jangan salahkan media sosial tapi salahkan nafsu kita yang tidak pandai untuk mengawal jari-jemari. Gittew..!
.