Pages

Thursday, June 15, 2023

Buah asam gelugur jadi asam keping.

Assalamu'alaikum.

Buah asam gelugur jadi asam keping.

Alhamdulillah.

Kelmarin, aku ada beli buah asam gelugur ni dari seorang kawan. Dia jual sebiji seringgit. Aku beli 20 biji. 

Lepas tu, akupun mula la menyibukkan diri menghiris dan menjemur hirisan buah gelugur tu untuk dijadikan asam keping. Lagipun harga asam keping kat tempat aku ni boleh dikatakan agak mahal. Tu yang aku gigih buat sendiri. 













Sekarang ni cuaca agak panas. Boleh la aku jemur asam gelugur tu. Dua hari jemur dah elok kering dah tapi jika nak lebih kering, boleh la jemur sampai tiga hari. Ni aku nak jemur lagi. Nak bagi asam keping tu betul-betul kering. Boleh la simpan lama sikit.













p/s: Usaha selagi boleh untuk berjimat-cermat.

.

1 comment:

  1. MA pun ada draft pasal entry ni...tapi x dan nak publish2 lagi..
    yg ibu dpt hari tu dah warna kuning buah nya..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^