Pages

Tuesday, June 13, 2023

Seminar NLP Siri 2/2023 di Hotel Heritage, Cameron Highlands.

Assalamu'alaikum.

Seminar NLP Siri 2/2023 di Hotel Heritage, Cameron Highlands.

Pada 10-11 Jun iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, aku telah berkesempatan untuk menghadiri seminar Neuro Linguistic Programming (NLP) yang diadakan di Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands. Kursus ni anjuran Felda Wilayah Mempaga sebab aku berada dalam kawasan Wilayah Mempaga. Jadinya, aku dapatlah jumpa kawan baharu dari Felda lain yang berada dalam Wilayah Mempaga ni


Kumpulan 3 bersama trainer dan orang kuat Wilayah Mempaga.



Sampai-sampai je terus masuk ke dewan. Masa ni ramai lagi yang belum sampai. 


Trainer atau coach untuk seminar ini ialah Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman yang merupakan Pengarah HEP UKM dan Encik Mohd. Radzif Abd. Hamid.




Ni masa rehat pukul 10 pagi. Dapat la alas perut sikit. Rehat tengahari baru dapat kunci bilik. Dapat la berehat sekejap.



Ni masa malam. Ada kerja berkumpulan. Sebelum tu, posing la sekejap. Bila lagi nak ambil peluang. Kan... 😊😊😊









Kursus ini lebih kepada motivasi diri. Ia mendedahkan kita kepada pemikiran yang lebih jauh. Ia juga mendidik kita agar lebih bersikap positif serta jauhkan diri dari sikap negatif dan toksik atau kata mudahnya, jauhi perkara yang sia-sia seperti bergosip dan membawang.








Antara inti pati kursus adalah tentang formula CKP iaitu Capai - Kembang - Pasak. Apabila kita ada impian yang besar untuk memajukan diri, maka kita kenalah berusaha untuk mencapai impian tersebut walaupun banyak halangan dan cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Kita bayangkan apa yang kita nak buat. Kita buat lakaran secara terperinci tentang impian tersebut. Bila impian tu dah tercapai, maka kita kena kembangkan pula impian tersebut. Dalam erti kata lain, kita buat perancangan yang tersusun. Kita bayangkan apa yang kita mahu. Kita target dan fokus sepenuhnya. Lepas tu, kita pasak semua tu sedalam-dalamnya agar apa yang kita rancang tu menjadi kenyataan. 




Dalam nak mencapai impian kita tu, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Maka di sinilah bermulanya realiti minda kita untuk berfikir. Kita akan berhadapan dengan sikap manusia yang bersifat kinestetik, auditori mahupun visual. Kita kena kenali dulu sifat sesorang itu supaya mudah untuk kita berkomunikasi dan mengawal perasaan dari terburu-buru. 





















Kita juga diajar untuk bekerja secara berkumpulan. Dari sini, kita boleh tengok siapa yang boleh beri komitmen atau sebaliknya.


















Untuk warga Felda, kursus ini adalah percuma. Buat masa ni la. Jadinya, rebut la peluang ini terutama sekali generasi muda. Penuhkan minda dengan ilmu yang bermanfaat. Tempat kursuspun selesa dan makananpun sedap belaka. Semuanya percuma. Aku rasa syukur dan bertuah sangat dapat kursus kat Heritage Hotel ni. Alhamdulillah. Selesa sangat aihh.. Ni kalau guna kos sendiri, tak tau la berapa kena bayar.























Banyak lagi inti pati yang trainer sampaikan. Jika ada peluang, join la kursus ni. Sebagai warga Felda, sayangilah Felda dan jagalah ia dengan sebaiknya. Jangan terpedaya dengan tohmahan dan fitnah dari mereka yang ingin merosakkan dan menjatuhkan Felda. Sama-samalah kita pertahankan Felda yang kita sayangi ini. Moga Allah memberkati segala usaha baik kita. Aamiin.


https://youtube.com/shorts/ra5LLJ-4P4Y?feature=share







p/s: Jika kita fikir negatif, semua perkara baik akan nampak buruk di mata kita. Oleh itu, ubah la cara pemikiran kita. Jangan biarkan pemikiran negatif itu menguasai otak kita kerana orang yang negatif tidak akan ke mana-mana. Duduk la ditakuk lama tu sampai tua. Nak ke macam tu? Tentulah tak nak, kan? Maka, beubahlah sekarang!

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^