Assalamualaikum...
Kesinambungan: Trilogi Cinta 2...
Aku suka drama ni.. Drama terbitan Suhan Movies.. Pelakon dalam drama ni pada aku semuanya hebat-hebat belaka.. Tak perlu nak bermekap tebal untuk menghidupkan watak.. Cukup dengan emosi yang dilahirkan menerusi wajah dan tutur kata menjadikan cerita ini berbeza.. Itu pandangan aku laa.. eheh...
Dulu, masa musim pertama drama ni, aku tak pernah miss tengok.. Kalau blackout je baru aku tak dapat nak tengok.. Tapi masa tu siap la mulut dok bebel-bebel marahkan TNB.. Laju je call dorang bagitau takde letrik.. Bagitau awal tapi letriknya tak jugak ada.. Tak pasal-pasal dah terlepas beberapa episod.. Pespespes, ampes..
Kalau tak silap aku, malam ni akan bermula episod pertama untuk musim kedua drama Trilogi Cinta 2 ni.. Bermula pada pukul sepuluh malam setiap hari Khamis dan Jumaat dan disiarkan di TV1.. Harap-harap info ni betul la.. Bukan apa, RTM ni kadang-kadang tak berapa nak betul jadual dorang tu.. Ada masanya lain yang diberitahu, lain pulak yang disiarkan.. Yang kita ni dok tercongok la menunggu tapi tak jugak keluar.. Rupa-rupanya jadual sudah ditukar di saat akhir.. Sangat la lems...
Kat bawah ni ada sedikit promo untuk musim kedua ni.. Tengok promo je dah tak sabar nak tunggu.. Kalau korang peminat drama melayu macam aku, jom la kita sama-sama tengok apa yang bakal berlaku untuk musim kedua ni.. Pastinya lebih gempak dan mendebarkan... Agak-agaknya boleh bekerja dengan Suhan Movies tak aku ni ehh... Muntah Rosyam Nor dengar agaknya... kehkehkeh...

p/s: Hari tu promot novel.. Kali ni promot drama pulak.. Boleh jadi promoter agaknya aku ni.. Tapi aku tak berminat la pulak nak meng-expose-kan diri.. Akukan low profile gitteww... :P
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^